BEN ASHAARI

Friday, March 30, 2012

NASI HUJAN PANAS....RIBUT TAUFAN!!

rsz_dsc_0983
Kata orang2 tua zaman dahulu kala, jika hujan panas ada orang mati berbunuh, erkk, tu semua dongengan dengar boleh percaya jangan. Kalau zaman sekarang hujan panas dah jadi nama nasi. Dah koman sangat orang buat, kalau tengok kat blog masak2, melambak dah yang cuba. Mat baru ni hari teragak nak mencuba, tapi biasalah, ikut style mat gebu, kira paling ringkas dan senang puny gaya. Buat dia sama macam nasi minyak, cuma kita letak pewarna. Secara amnya 3 warna sudah memadai, kalau lebih, nanti jadi nasi pelangi. Buat dia senang dan semestinya beras basmathi menjadi pilihan tepat untuk nasi2 seperti ini. Kalau nak guna beras biasa pun boleh, tapi tang sukatan air tu kena pandailah sesuaikan.

rsz_dsc_1117
Mat buat dalam 4 cawan dan seperti biasa dihidangkan bersama lauk2 pilihan. Tapi hari ni mat malas nak masak yang bukan2 sangat, cuma buat pencok nenas dan ayam laksamana, yang tu resipi petang nanti ok. Kalau nak ok lagi ada dalca, paceri nenas dan acar timun atau acar tahun...baru nak lengkap. Tapi nasi macam ni, ada satu lauk dan pencok nenas pun dah ok banget. Kalau banyak pun bukan tak ok, tapi nanti hilang dah rasa nasi hujan panas, jadi nasi puting beliung bila lauk pauk dah berlonggok atas nasi. Mat masak guna rice cooker, dan bila masak terus mat off kan suis periuk tu. Kalau anda nak kukus pun boleh, bila cecair dalam nasi terserap dan kelihatan kering, alihkan nasi dalam pengukus dan kukus hingga masak. Nak bess, alas dasar pengukus dengan daun pisang, cucuk2 sikit daun pisang tadi untuk lepas kan wap. Sebelum kita semak resipi, jomm lihat entri pilihan DTS di sini...Terima kasih....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi (mat guna basmathi Monghul)
5 cawan air (mat guna air rebusan ayam)
1 cawan susu sejat IDEAL
1 helai daun pandan
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang besar, hiris
2 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 camca besar penuh minyak sapi (nak guna mentega pun ok)
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna makanan merah, hijau dan kuning (dibancuh dengan 1/2 camca teh untuk setiap warna)

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Gajus yang digoreng
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga harum. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan, tumis hingga layu dan wangi. Masukkan beras dan kacau rata. Goreng beras tadi selama 1 minit. Matikan api.
  2. Alih beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuang air (atau air rebusan ayam) dan juga susu sejat, tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi kering, buat beberapa lubang pada nasi tadi dan setiap lubang tuangkan warna2 berbeza. Biar sekejap bila nasi masak, matikan suis.
  3. Tabur kismis dan gajus (tinggalkan sedikit untuk hiasan), gunakan chopstick, gemburkan nasi tadi, hingga nasi jadi bewarna-warni. Berhati2 agak nasi tidak patah. Biar sekejap. Taburkan baki kismis, gajus dan juga hirisan daun bawang/daun sup, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama lauk kegemaran anda...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk pencuk nenas tu senang saja, nenas di potong kecil campur dengan timun, juga dihiris nipis, hirisan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Tambah sedikit cuka makan, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biar sekejap, sesuaikan rasa dan jika ok boleh hidangkan.... (^__*)


14 comments:

Sis-Lin said...

As salam Mat..

Tok tok tok...aku kat pintu dapo belakang ni haaaaaa...aku tinggalkan magkuk tingkat ye kat atas meja.. ;p

Shedapnyaaaaa...alu belum masak, td tghri mkn lauk semalam..hahaha kang ptg nk bt soto je.. :)

Mat Gebu said...

@ sis-linn - sila2, ada lagi, aku biasalah, yang macam ni kena makan ciput jee..huhu. Anak buah aku balik sekolah dtg sini, tu yg aku masak, malas nak masak yg remeh2...penat lah..huhu...

Azlan Strider said...

cam menarik jer nemnu nie..hehehe..sy tatau plak bdulu pasal klu hujan panas masksudnya ade orang bernuhun..hehehe

Regards,
-Strider-

maszull said...

assalamualaikum cik mat...wah sedapnya kalau dpt mkn ni....:)

Sunah Sakura said...

sedapnye..walopun da kenyang makan tadi, bila tengok gambar ni perut berbunyi pulak...bunyi makanan tengah dihadam kot noooo

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cik mat makan spesel hari ni yer... menyelerakan..

re: kalau mat sudi.. akak boleh poskan sikit asam rom/aserong dengan daun cemomok tu.. bolehlah mat cuba memasak & merasa gulai tu nanti.. tapi bukan sekarang lah sebab daun cemomok kering yg akak ada pun dah tinggal ciput.. hehe.. kena tunggu akak balik raub dululah ye.. (tak tau bila) akak pos fresh2 punya daun cemomok.. biar budak pos laju pengsan bau pijat.. jangan mat yg pengsan sama udahlah.. hahaha... nnt mat pm addressnya kat fb akak ye.. ada kan? ratna husna ismail..

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat.. nampak sedap nasi hujan panas tu, alangkah bahagianya kalau dapat sepinggan.. :-)

Saidila79 said...

nasi hujan panas ni peberet anak2 saya tau CMG...saya pertma kali buat pun ada letak kacang gajus...kalo boleh diorang nak hari2 nasi hujan panas tapi saya kata tak boleh nanti hari2 hujan panas...ada sekali tu betul2 lepas masak nasi ni terus jadi hujan ditengahari....abis kain baju tersidai ....senang2 CMG check it out lah kat blog saya yer....mekasih...:)

Mas said...

tetiba jadi laparrr...he3

Abhamz said...

assalam, setiap kali JUmaat mkn nasi hujan panas kat kantin...tapi tgk yg ni...tentu lebih ummmph!!!

Yatie said...

tngk nasi warna warni teringat anak2 akak..smlm yg bongsu tu ckp lama mama tak masak nasi warna warni..he3..mamaNya buat tak tau je....akak masak nasi lemak biasa je, padahal boleh gak letak kaler2 mcm ni....sian anak akak...takpelah, ari minggu ni bolehlah layan permintaan mereka semua...time sklh akak busy, so takleh nak masak yg berat2 sngt..he3..alasan...

Diana @ Melley Mey said...

Cantiknya nasi hujan panas yg cmg buat nie... Dapat makan spnggan alangkah bahagianya nie... Dah lama x buat nasi nie...

marlynna79 said...

wah, nampak menyelerakan!! Cik Mat Gebu, kalau bawang2, halia tu saya blend terus boleh ke? maklumlah anak saya ni cerewet sikit, kang jumpa bawang2 halia kat nasi tu terus x jd makan.

Usui Takumi said...

assalam. nak tanya, macamana nak bezakan nasi kerabu biru yang dimasak dengan bunga telang dengan nasi kerabu biru yang dimasak dengan bahan pewarna makanan?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.