MI HOON TAUCO PEDAS.

mi hoon goreng

Mi Hoon pulak, ni sarapan pagi tadi, jadi dari boring blog tak update, baik lah mat letak. Yang ni goreng simple2 saja. Rencah dia mat guna daging batang pinang yang dihiris kecil dalam 1/2 cawan. Selain daging, mat letak juga taucho, tapi mat cuci sikit bawah air paip, jangan cuci lama2, cuma lalukan bawah air paip sahaja. Entri macam ni time2 petang sesuai lah kan, kalau letak pagi lagi sesuai. Mat tertarik dengan entri dari blog Ben Ashaari yang ini, mengenai isu mereka yang tak suka membaca sesebuah blog, tak payah lah kan nak komen2 keji kalau anda tak menyukainya, senang cerita tak payah singgah. Tapi atas sebab hasutan iblis dan dasar takde kerja, blog yang mereka benci, mereka tak suka, tetap diskodeng...tujuan?..Dah sah lah nak cari bahan gossip. Jadi pada mereka yang tak suka tak usah pening2 kepala, tinggalkan dan pergi jauh2...habis cerita, dosa anda pun kurang sikit... Macam resipi mi hoon ni, tak paksa yea untuk disukai, jadi tepuk dada tanya selera...yang pasti jangan tepuk dada orang lain...tu jee.. Resipi seperti dibawah..ehem pedas!!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mi hoon, rendam dgn air hingga lembut (kurang lebih 30 minit)
1/2 cawan hirisan kecil daging batang pinang
3 genggam taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
2 camca besar taucho, cuci sekejap dibawah air paip
1 cekak kucai, kerat pendek
2 biji telur, dibuat telur hancur
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
1/2 cawan air
Kicap cair jika perlu

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 biji cili padi (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisr dan terus menumis hingga cili garing, gunakan api sederhana. Tambah sos cili, sos tomato dan tauco, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan daging, kacau dan tambah air. Biar mendidih dan daging empuk. Tambah tauhu dan telur hancur, kacau rata. Masukkan mi hoon dan gaul hingga rata dan masak hingga mi hoon lembut. Renjiskan kicap cair secukup rasa.
  3. Tambah taugeh dan kucai, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan hirisan cili hijau, cili merah, bawang goreng, belahan limau kasturi dan hirisan timun..

Post a Comment

3 Comments

  1. 3 CommentsClose this windowJump to comment form
    Lydia Miza(Aidyl Azim) said...
    sedapnyer tgk mee hoon ni cik mat. tgh hari ni nak mee hoon sajalah camni.ada toucu sikit lg kot.nmpk sedap sgt ni..tengs cmg

    March 17, 2012 4:44 PM


    laskar pelangi said...
    aduhai..bestnya kalau dapat mee hoon ni sekarang..lapar gak ni

    March 17, 2012 5:07 PM


    CitarasaKu said...
    Salam en.mat..teringin nak mencuba bihon goreng dengan taucu gini tapi tak berkesempatan lagi...saya tak pernah rasa aduhai teringin nya....nanti ptg kena keluar kedai cari tauhu ..aritu mmg dah beli masa pulang rumah ...botol kaca tu pecah...tak ada rezeki.

    March 17, 2012 5:49 PM

    ReplyDelete
  2. ini Fav Chenta!
    mi hoon ada daging ...

    ermm nyummy!

    Tq mat for shared!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.