BEN ASHAARI

Wednesday, March 21, 2012

LAKSA ASAM SUNGGUH MENGIURKAN....

laksa asam 1
Salam tengah hari semua, dah makan?..Hari ni mat skip lah makan nasi, tiba2 dari semalam termengidamkan laksa asam. Bila tengok dalam freezer ada baki ikan selayang dalam 3 ekor,atau ada juga yang panggil ikan sardine (kalau mat ikan sardine tu "tamban sardine" yang banyak tulang halus2). Memandangkan saiz ikan agak besar, jadi kira memadai lah. Kalau takde boleh guna ikan kembong, atau ikan tongkol pun sedap juga. Bila sebut laksa, kita di Malaysia mau pun Singapura, ada banyak jenis laksa, laksa Johor, laksa Nonya (kat S'pore femes dengan Katong Laksa) dan sesetengah laksa, kuahnya ada yang diletakkan santan. Macam laksam di Kelantan , laksa Johor, Melaka dan Singapore, kuah dia kan ada guna santan. Bila lebih ke utara termasuk Penang, Kedah dan Perlis, laksa mereka seakan2 asam rebus namun laksa Penang ada sedikit berbeza, mungkin ada pengaruh orang cina, bila petis atau otak udang digunakan pakai sebagai salah satu bahan perisa. Tapi belah Thai pun ada laksa juga, yang tu mereka letak santan....

laksa asam
Pada mat, laksa asam merupakan satu hidangan amat sihat, tanpa menggunakan minyak dan ulam2an dia pun mentah. Satu lagi selain ikan segar, belacan memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kesedapan kuah laksa. Resipi hari ini mat guna resipi dari blog Datin Jun, lama dah mat salin resipi, buatnya pun mudah dan tak banyak karenah. Kalau anda nak rasa lagi ummmphh, boleh makan dengan sambal belacan cili padi (yang ni tambah sendiri..). Mat cuma kekurangan 1 bahan, iaitu daun salad, jadi mat ganti dengan hirisan kobis. Yang lain2 tu seperti biasa lah, cuma sambal belacan tu kalau ikut takde, tapi mat saja letak. Jadi apa lagi, kalau nak buat boleh semak resipi seperti dibawah ini....Jommmm..jangan tunggu lagi...

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH LAKSA :-)
3 - 4 ekor ikan selayang (atau ikan kembong)
5 - 6 keping asam gelugor
2 camca besar cili kisar
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
2 biji bawan besar*
2.5 inci belacan*(*kisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN ULAM :-)
Taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
Timun, dihiris halus memanjang
Hirisan cili merah/cili hijau
Hirisan halus kobis @ daun salad
Hirisan halus bawang besar

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi Laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut, tos dan cuci)
Belahan limau kasturi
Telur, direbus dan belah dua
Sambal belacan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Ikan direbus, asingkan air rebusannya. Asingkan isi ikan tadi dan tumbuk hancur. Tulangnya dikisar hingga halus dan tapis. Masukkan air rebusan, air dari kisaran tulang ikan yang telah ditapis dan air secukupnya ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor, isi ikan, daun kesom dan bunga kantan. Tuang air sedikit lagi jika perlu. Masak dengan api sederhana hingga mendididh. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap lagi dan rasa. Jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK PENYEDIAAN LAKSA ASAM :- Letak secukupnya mi laksa dalam bekas sesuai. Tuang kuah bersama isi2nya sekali (kacau dulu kuah sebelum dituang). Letak bahan2 ulam, 1/2 bahagin telur rebus, limau kasturi dan sambal belacan (jika suka). Hidangakn segera. Kalau suka boleh juga tabur dengan hirisan halus daun kesom......Penggsannnn >___<

12 comments:

aDisH.sHidA said...

NYUM NYUM....SUKA JUGAK LAKSA...KAT UMAH BUAT 2 JENIS KUAH...

KUAH ASAM NIE DAN KUAH LETAK SANTAN..ALA2 LAKSA JHOR GTU...

Aine Ainun said...

Wah sedapnya...
Boleh la mai umah cmg ni nanti mkan laksa..:D

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kina mmg suka laksa penang...bila tgk laksa mat gebu buat kina teringin pulak nak mkn. nyumm..nyummm...

SHAFIQ HASHIM said...

Lapaq Plk Tengok Laksa..Ishkkk

JIJI YU said...

papa ni memang kan

Ummi said...

Uiiksss Mat, ingat smlm ko cakap kat akak nak buat laksam....rupanya laksa asam eh...pasni watkan laksam tuk akak boleh? ^___^

Sis-Lin said...

As salam Mat...

Memang peberet aku ni...tp nasib baik juga aku makan taugeh tu..hehehe

lemongrass said...

Memang menggiurkan sungguh!
I suka sgt laksa asam ni tp kalau buat, sentiasa ada kureng oomph sikit. Maybe sbb pakai tuna dlm tin aje kan so rasa ikan tu kureng lah.

kakchik@ella said...

feveretttt KC jgk.

Sari Yusa Ibrahim said...

adoih! Fav my hubby ni, mau dia ajak sy gi umah CM skrg... jom!!

Vanilla Chocolate said...

aduhai...terliur sungguh hana tengok laksa ni..terus teringat laksa air tangan emak..

Cida de' Nuanza said...

aik..ada tauge?
tp mengiurkan la..!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.