BEN ASHAARI

Friday, March 2, 2012

KUE TEOW KERANG JADI KUE TEOW AYAM?

kue teow ayam
Malam semua, petang tadi mat goreng kue teow, dalam 500 gram (ai timbang okeh kue teow tu, bukan main tulis saja). Plan asal nak buat kue teow kerang, sekali tengok stok kerang habis sudah. Nasib baik ada sekeping dada ayam dan fishcake. Guna saja lah. Sedenak cuaca agak dingin petang tadi hingga sekarang ni pun nampak macam nak hujan, tu yang buat napsu macam rimau jee...grr tak suka lah. Kadang2 blog masakan macam mat ni, masak biasa saja, tapi gambar sampai 2.. tulah kan, hakikatnya kami memang kena letak gambar masakan, tak kesah lah apa gaya sekali pun. Ini sebagai bahan bukti kita telah membuatnya. Letak gambar bukan suka2, tapi bersebab dan aliran blog masakan memang menuntut kami berbuat demikian. Kalau main tulis resipi semata2, semua orang boleh. Apa2 tulisan di blog masakan terutama bercerita pasal resipi, kena ada bukti dan fakta, bahawa kita telah memasak, merasa dan mentelaah resipi yang kita tulis....amacam, nampak mudah ke?

kue teow ayam1
Kali ini resipi amat mudah, sambal biasa yang mat guna telah habis, jadi mat pakai apa2 bahan2 yang ada. Kalau nak sedap, kucai wajib ada, tapi bukan paksa letak, terpulang pada selera masing2, tapi pada mat kucai mesti ada, baru terangkat. Mat letak juga tauhu, saja nak kasi habis stok. Untuk resipi ini mat guna kicap manis Jalen dan sedikit sos ikan, sebagai pemasin, yang tu ikut keadaan lah yea, jangan banyak sangat nanti masin. Kalau takde sos ikan anda boleh ganti dengan kicap cair. Kalau takde juga, guna jelah garam, senang cerita. Resipi seperti di bawah tapi sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS kali ini ---> di sini. Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow
2 genggam taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 cekak kucai, kerat
1 keping dada ayam, didadu*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap)
1 keping fishcake, didadu
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji telur, dipukul sedikit
1 keping tauhu, didadu kecil, goreng dan toskan
5 camca besar kicap manis
Sos ikan secukupnya
1/2 cawan air
Hirisan cili merah dan hijau untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan sos tiram, kacau rata dan tumis hingga cili garing. Gunakan api perlahan. Masukkan daging ayam, gaul dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan fishcake dan tauhu goreng. Gaul rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur dan biar sedikit mengeras. Hancurkan dan kacau. Tambah kicap manis, kacau dan masukkan kue teow, gaul hingga rata. Masukkan kucai dan taugeh, gaul lagi dan renjiskan sos ikan secukup rasa.
  3. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan cili merah dan hijau serta belahan limau kasturi. Sedap juga dimakan bersama cili jeruk. Selamat mencuba untuk semua.

7 comments:

Areef Ibn Naim said...

salam,

tulah hujan2 ni sume jd rimau ek, hehehe... lg best klu ada cili jeruk...

Rima said...

Tak aci lah CM tunjuk malam malam gini.. dah tu diwaktu dingin pulak tu dikala perut ku tengah keroncong.. adehhh besok pagi sure akan ku cari kwayteow goreng :op

Kalamhati said...

sedapnyee pcm!

fuhh lama KH tak BW..huhu hope pcm sihat

faa.rosli said...

lama xmkn kuey teow..esk nk buat laa..hihi

Sam Banjamin said...

hujan2 ni kalau pekena KTG memang sesuai... menu hi-tea yg sangat terbaikk!!!

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/wajah-2012.html

harap sudi2 lah menjenguk kembali... komen la seadanya... mengharap sokongan rakan2 lain..

zul a.k.a sam banjamin
(founder of gerila penulisan kreatif)

chefamer said...

Salam Che Mat, pada 3 & 4 March, Sabtu atau ahad ni saya ada kendalikan kelas Pembuatan Kek Komersial seperti Chocolate Indulgence, Oreo Cheese Cake, Bosteon Cheese & beberapa lagi, kalau Che Mat Sudi, saya nak jemput joint kelas saya tu (be my guest) kat Oliez Academy, Tmn Sri Pulai Perdana, Skudai..call/msg saya kalau datang ya..tq

Yatie said...

wow tetap menyelerakan..kalau akak masak yg letak kerang tu...akak sendiri yg korek2 kat mee tu cari kerang...hah3..mengalahkan budak2..mmng peminat tegar kerang....