BEN ASHAARI

Thursday, March 1, 2012

KETAM..OH..KETAM....KUAT MENYEPIT!..

Lemak ketam
Sakit kepala...tadi, cuaca kejap panas, lepas tiba2 hujan...terus rasa rimas dan kepala ting tong..huhu. Mat sebenarnya masak awal. Atas permintaan tuan terutama, mat gebu kena masak lemak ketam. Hmm, sedap gak kan, tapi ntah tekak macam tak berapa nak pulak. Takpe kita masak kan. Plan asal mat nak letak nenas sebab nak test resipi kak ida, tapi sayang sungguh, nenas takde, jadi ganti dengan kacang panjang. Kacang tu petik kat belakang rumah saja, kira ok lah, jimat gak belanja. Sayur mahal sekarang ni!!, jadi kalau mana yang sempat tanam tu elok lah tanam...haha, si mat beriya2, yang dia pun bukan menanam pungg, main petik yang mak dia tanam...erkk, yelah kita tolong petikkan, kalau tak nanti tua dan tak boleh nak makan, betul tak?. Selain kacang, mat campur juga tempe. Kira guna apa yang ada. Kalau ada timun pun boleh letak, tapi tempe dengan kacang tak payah lah. Kalau letak batang keladi pun sedap, dengan belimbing buluh pun ngam juga...ishh bikin meleleh air liurrr guaa siaa, bila sebut2 belimbing buluh..Resipi seperti di bawah, tapi sebelum itu kita lihat entri pilihan DTS hari ini ---> di sini. Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam bunga (yang sepit biru atau apa2 ketam pilihan anda)
2 keping tempe, didadu besar2
8 tangkai kacang panjang, dikerat pendek
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
350 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersihkan, kerat semua kaki2 kecilnya, sepitnya diketuk sedikit, jika ketam besar, kerat dua, cuci, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan serai titik. Masak hingga mendidih dan ketam bertukar warna.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masukkan tempe, biar mendidih dan tempe lembut. Masukkan asam gelugor dan kacang panjang. Jika kurang kuah tambah sedikit air. Kemudian masukkan pati santan. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit, biar mendidih perlahan dan dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

7 comments:

Cik FaRiZaM said...

sedap nye ketam.dah la tiap2 petang ujan.lagi la rasa lapar je >_<

Anna said...

Ni memang my all time faveret.

Rozuan Ismail said...

ketam memang sedap tapi leceh skit la nk mkn.huhu

Scarlett O'Hara said...

ya Allah sedapnya tapi apa nak buat allergic!

inazamri said...

anak2 dah bising nak ketam bila tgk blog Mat ni.

faa.rosli said...

lameney mengidam nak mkn ni..

Lyssa Faizureen said...

Perghhh . ni laaaagi sedapppp :O

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.