BEN ASHAARI

Friday, March 16, 2012

GULAI IKAN TONGKOL SALAI.

Gulai Ikan Tongkol
Assalammualaikum, petang semua, selamat bertemu kembali. Semalam tak bersiaran, atas sebab2 teknikal, bukan merajuk, atau pi menikah kat siam ok....grrrrr. Hari ni mat nak share masakan mudah, tapi secara jujur bukan lauk hari ini, tapi semalam punya. Mat masak gulai ikan tongkol salai. Kira masak lemak cili padi. Ikan tu mat salai guna kuali sepesel macam entri ini. Mat salai lebih dan simpan dalam peti sejuk, bila nak guna, dah ada. Mat campur rebung dalam dia, kalau ada belimbing buluh pun sedap juga. Selalunya masak lemak cili padi atau gulai macam ni, perlu diseimbangkan dengan rasa masam, untuk kali ni mat guna jus limau kasturi. Satu lagi kalau nak sedap, guna cili padi kampung yang segar.. lagi bess!!..Ok resipi seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol (anggaran berat 600 gram)
2 cawan rebung jeruk, cuci dan toskan (boleh guna rebung segar)
3 batang serai, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
4 - 5 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung (kalau tak nak pedas boleh kurangkan)
3/4 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tongkol dibelah dua, kemudian dibersihkan dan kerat pada beberapa bahagian pada saiz sederhana. Cuci bersih, toskan. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, rata2. Panggang atau salai hingga masak, gunakan api kecil. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, serai titik dan ikan salai tadi. Gaul rata dan tambah rebung jeruk yang telah dicuci terlebih dahulu. Tuang santan cair dan didihkan. Masak 10 - 15 minit, sambil dikacau. Guna api sederhana dan kalau kurang kuah, boleh tambah sedikit air.
  3. Masukkan pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Biar mendidih perlahan. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan ulam2man..

6 comments:

STAR Q said...

salam MG. lama tak post resepi. blm prnh buat ikan tongkol salai lg. Penyakit M bila salai-menyalai ni. Anyway, welcome back.

Mat Gebu said...

@ star Q - thanks...ada masalah teknikal sikit....laa ni dah makin ok.

Scarlett O'Hara said...

Tak berapa suka makan ikan tongkol.Mungkin boleh cuba resipi Encik Mat ni.Mana tau berselera.

Mat Gebu said...

@scarlet o hara - try guna ayam, atau ikan tenggiri pun ok..

faiz said...

salam mat..akak pun suka ikan tongkol tp hubbby lak tak minat..kalau akak masak akak mkn sorng la gamakmya,,kadang2 ikan tongkol ada isi keras ada lak lembut,,tak tau ade lain2 spesis kot tongkol ni..lauk ala2 n9 ni memang feveret akak maklumla asal belah sna gak..

Sis-Lin said...

As salam Mat...

Aku tggu gak ko dtg hntr brg semangkuk, dpt gak tukar pinggan dgn asam pedas aku nie..hehehe

asam pedas aku hrni aku try respi kak Ummi, tp bru ku tau ye, ramai chef2 blogger ni yg durhaka ye...hahahaaaaaaaaaaaa

*respi kak ummi tu, kata ikan duri, tp dia guna ikan merah! durhaka le tu kannnnnnnn ;p

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.