BEN ASHAARI

Wednesday, March 14, 2012

DAGING KISMIS BEREMPAH

Daging Kismis Berempah
Salam, entri kali ni nak share satu masakan mudah, sesuai dihidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani dan apa2 jenis nasi yang anda gemari. Nampak seakan2 rendang tapi tidak menggunakan santan. Mat guna kurang lebih 400 gram daging batang pinang dan 2 biji kentang yang digoreng terlebih dahulu. Kalau anda suka sedikit berkuah, tak perlu dimasak hingga kering. Rasa manis dari kismis sudah cukup dan tidak perlu ditambah gula. Kicap pekat ditambah bagi menaikkan warna kecoklatan. Yang ni mat guna dalam 2 camca besar cili kisar. Tang ni terpulang, samada anda nak pedas ke tak, kalau tak, boleh kurangkan cili atau suka pedas boleh tambah, dan jika suka pedas berapi, boleh guna cili padi. Resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
2 biji kentang, kupas, belah 2 setiap satu dan hiris, rendam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar cili kisar
1 1/2 camca besar kicap pekat
1/2 cawan air
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam kismis kuning (sultana)
2 batang serai, hiris halus
1 camca besar bawang goreng
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Dalam kuali yang sama, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah bahan kisar halus dan terus menumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut. Tambah kicap pekat, asam gelugor dan air, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga daging empuk dan kuah pekat. Tambah garam secukup rasa dan kentang goreng tadi. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

8 comments:

Sis-Lin said...

As salam Mat..

Waduh2..td gi pasar malam aku nampak daging dendeng tp mahalnya dia jual..huhuhu

Ni ko pulak hntr daging kismis..adeii nk kena beli daging jgk ni..kang kempunan gigit daging tangan aku je kang... ;p

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

haish..terliur saya

Sari Yusa Ibrahim said...

mesti sedap & serasi dengan nasi minyak, kan..

Ummi said...

Assalam Mat....rindu hakak x? Wakakakakaa...mesti x kan sebab kita dah jadi ikan pekasam...sesekali makan baru sedap...kaaann...hahahaa. Waaaa, daging ko mengancam tul...eh daging ko lak...daging lembu ni laaa... ^__^

Kjee said...

wah ini Kjee MUST TRY Che Mat. Thnx so much for the recipe. nanti kita dah buat, kita tayang kat awak tau. hehehe

KiD said...

waduh waduuhh... daging kismis lak.. baik untuk minda.. :)

cinda said...

elehleh..meleleh ayer liurr....

rose said...

abg mat, pastry serbaguna tu kat tesco ada jual x? nak cuba resepi pastry abg mat ni.......

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.