BUBUR AYAM..

bubur ayam
Jommm bubur pulak, hujan2 ni kan, asyik kebuluran manjang...erkk. Sebenarnya tadi anak2 buah mat ada kat rumah, jadi saja2 lah masakkan bubur ayam.. Ni tengah tunggu anak buah terbaru tak lama lagi, sama2 lah yea doakan ia selamat dilahirkan dalam masa terdekat ni, tak gitu Ben Ashaari. Bubur ni masak senang, main rebus je semua, dan mat tambah sekeping dada ayam yang dikerat kecil. Satu lagi bubur nasi selalunya menggunakan beras wangi yang tinggi kandungan kanji (erkk..tak berapa bagus bagi mereka2 yang bacaan gula tinggi dalam darah...).Untuk bubur ni mat guna beras siam. Budak2 pun suka, mat masukkan juga beberapa titik minyak bijan, nak bagi dia lagi wangi, tapi kalau banyak2 nanti jadi tengik pulak, jadi agak2 lah yea. Kalau suka, sebelum hidang, tabur dengan hirisan daun bawang, bawang goreng dan sedikit serbuk lada hitam..tu kalau kita yang nak makan, kalau anak2, tak payah pun takpe..Resipi mudah seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras siam (boleh juga guna beras wangi)
Air secukupnya (dalam 1500 ml atau secukupnya)
1 inci halia, hiris
2 ulas bawang putih, dititik
1 keping dada ayam, kerat pada beberapa bahagian, cuci dan toskan
1 cawan mix vege (karot, kacang pis dan jagung)
1 camca besar bawang goreng
1 sup bunjut Adabi
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kentang, kupas dan dadu, rendam
Garam secukup rasa
4 - 5 titik minyak bijan
Sedikit serbuk lada hitam (optional)
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci beras dan masukkan ke dalam periuk bersama air, sup bunjut, halia, bawang putih dan daun pandan. Masak hingga beras kembang. Masukkan ayam, bawang goreng, mix vege dan kentang. Renih hingga pekat dan kentang empuk.
  2. Tambah minyak bijan dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap, jika suka cair, tambah sedikit air lagi. Pastikan beras betul2 kembang dan bubur kelihatan berkanji. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, sedikit bawang goreng dan juga lada hitam serbuk sebelum dihidangkan...

Post a Comment

5 Comments

  1. cik mat, hari menu kita samalah bubur ayam, coz hari buat menu ringkas jer, kepenatan pergi mesyuarat PIBG sekolah anak.

    ReplyDelete
  2. salam

    tekak ni teringin nak makan bubur ayam ni, nak p makan kat kedai rasa tak berbaloi, makan 2 sudu dah tak nak, mengidam katakan...boleh buat besok ni..tq..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.