BEN ASHAARI

Thursday, March 8, 2012

AYAM GORENG PES BIJI SAWI

Ayam goreng mustard
Ayam goreng?...Ha ah, mat goreng untuk anak buah. Tapi pak sedara dia rembat gak lah satu ketul...ketul kecik jee..tak caya ke?.. Betul, kecik jee. Grr tak caya jugak tuu!!. Nama ayam goreng tu, macam bess je kan, tapi cuma biasa2 saja. Tapi mat saja nak test letak mustard..apa mustard tu?...Mustard atau orang kita panggil biji sawi...alah yang guna untuk masak kari atau acar tu, tapi yang tu dalam bentuk biji, yang ni telah siap dijadikan pes atau dikisar menjadi serbuk. Ada jual di Tesco, Jaya Jusco dan lain2 hypermarket. Bewarna kuning, tapi kalau biji sawi tu kaler dia coklat. Selalunya mustard yang siap dijadikan pes dan dijual samada dalam botol kaca atau pun plastik berasa sedikit masam dan lemak dan dimakan bersama burger. Kali ni mat guna yang serbuk, diperap bersama ayam. Dari segi rasa, pada mat tak ubah sangat, kurang lebih biasa saja, cuma ada rasa lemak sedikit. Ok kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana
3/4 camca besar serbuk mustard
1 camca teh serbuk kunyit
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Secubit gula halus
2 camca besar tepung beras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan cucuk2 dengan garfu. Kemudian gaul dengan serbuk mustard, serbuk kunyit, bawang putih, serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula hingga rata. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, tabur tepung beras pada ayam yang diperap tadi. Gaul rata dan goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana, jangan goreng terlalu lama, nanti ayam akan kering dan keras. Goreng hingga ayam masak, sudah memadai...Hidangkan.

7 comments:

Sunah Sakura said...

kepak ayam!!!! hahaha~

Mas said...

perhhh...memang tergoda tau kalau nengok ayam goreng che mat ni...
mengancammmm.....

CT Delima said...

As'salam Mat

singgah dah magrib ni, sebab terpandang ayam goreng tu yang terus jer mai sini..hehehe

boleh caya ker amik seketul kecik ni, k.ct nampak macam selit celah baju jer yang besor..hahaha

man yusoef said...

Erk..baru tau mustard tu sebenarnya biji sawi..-__-

Rozuan Ismail said...

asalkan ayam goreng.masak cm ner pon wan sapu

aDisH.sHidA said...

erm..smlm dah tgok serbuk mustard..nak beli tatau nak wat apa..uwaaaaaaaa..rugi x beli smlm

aDisH.sHidA said...

erm..smlm dah tgok serbuk mustard..nak beli tatau nak wat apa..uwaaaaaaaa..rugi x beli smlm