BEN ASHAARI

Friday, March 2, 2012

AWAS!!....KAK JEE KAKI GODA!!......

sambal terung1
Salam semua.....hari ni nak berkongsi menu2 ringkas sahaja. Mat malas masak dah sejak2 ni. Tapi kan semalam, mat digoda okeh...Haha tak rela je bunyi diakan. Sapa lagi itu Kek Jee atau Fauziah Abdul Samad lah yang menggoda. Perghh!!, terus jadi isu panas kang..releks dan bersabar...Kak Jee goda dengan Terung Berlado Udang Kering kat sini. Serius memang nampak sedap dan memang sedap pun...makan nasi panas dengan lauk ni saja, lepas tu ada ikan goreng, ada ulam petai pulak...kena hari hujan cuaca dingin sedingin lavender...memang boleh pengsannn >___<, serius ni, tak caya buat nanti. Mat guna terung biru panjang tu dalam sebiji je, sebab saiz dia agak besar. Kalau guna terung bulat pun sedap juga. Yang istimewanyakan sebab ada udang kering yang digoreng garing dan ditumbuk kasar. Kemudian ditabur atas sambal terung tadi.....meleleh kannn?, haha, apa lagi test lah buat.. Resipi seperti dibawah...senang sangat!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung panjang biru
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
20 biji cili padi*(*ditumbuk lumat, tapi jangan halus sangat)
1 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Segenggam udang kering, rendam 10 minit dan tos, perah dan ketepikan
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, kerat kepada 4 - 5 bahagian (bergantung pada saiz terung), kemudian belah 4 untuk setiap keratan. Rendam dalam air bergaram. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan (mat guna minyak zaitun). Kemudian goreng terung tadi kasi dia layu (toskan dulu). Alih dalam bekas. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering tadi hingga garing, angkat, tos dan biar sejuk, kemudian tumbuk hingga hancur. Ketepikan. Dalam kuali sama, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum dan garing, guna api sederhana. Perasankan dengan garam dan gula secukupnya, kacau lagi dan masukkan jus limau kasturi. Masukkan terung, gaul hingga rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur udang kering tumbuk atas sambal tadi dan tabur juga hirisan daun bawang sebagai hiasan,jika suka. Hidangkan bersama nasi hangat....

11 comments:

Kjee said...

hahaha berjaya aku goda CMG ni. kelazzzz ko jah!!
anyway, Kjee guna undang kering jenis kecik2. so tak payah ditumbuk2.
Baru tadi kawan kjee call kata dia pun ke pasar beli terung sebab tergoda dengan lauk Kjee semalam.

Dahlia Sayang said...

kak jee..
saya pun tergoda dengan terung k.jee semalam.terliur hati org tau..

Munnafendy said...

fuh...mmg menggoda sungguh! nasib baik dah lunch =)

Kak Rose said...

kak rose pun dah tergoda ni.... tp x leh makan udang kering dah la ni... allergic sesangat! x daya nak menggaru nnti!

MamaFaMi said...

Resa resa tergoda tu macam dah nak dekat je dengan mama ni... Hihihi...

eima-caa said...

Shedapnyeerrr...

Papa Mat, eima ambil cekodok sikit ek..=)

mintak halal yea..

http://eima-caa-blingbling.blogspot.com/2012/03/meatball-vs-cekodok-pisang.html

Hanim said...

Mmm tergoda gak tgok....terung pon ada lg dlm peti es ke dah kecut hehehe. Nak buat la, somi suke. Lom masak lg tuk somi, tq cik mat n kak jee...

Mat Gebu said...

@ kak jee - serius mmg sedap, ni baru lepas santap...licinnnnnnn!!..

@ dahlia - haha tu dia sorang lagi mangsa godaan kak jee..

@ munna - esok boleh try...

@ kak rose - kak, cer ganti dengan ikan bilis, tapi tak yah tumbuk kot, akak goreng garing dan tabur atas dia..

@ mamafami - mama n kak jee sekapal kan sama2 kaki goda...sabar je aku..

@ eima - ok, silakan..terima kasih..

@ hanim - serius, sedap...makan dengn nasi panas, mmg terangkat!..

Cik FaRiZaM said...

sedap nye >_< tp org kata, makan terung membuat kan resdung makin kuat.huhu~

Online Boutique MNE said...

Best2..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Perghhhhhhhhhhh.... terusss laparrr =)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.