BEN ASHAARI

Tuesday, March 20, 2012

ASAM PEDAS NYONYA BERCENDAWAN.

Asam Pedas Ikan Pari Cendawan 1
Salam petang semua, kali nak letak entri asam pedas, tapi gaya nyonya peranakan, dan juga telah mat letak sesuatu yang orang2 nyonya tak buat. Mat gebu letak cendawa tiram!..Jangan tak caya. Hmm, sedap ke letak cendawan tu?.. Try leer dulu, test tengok macam mana, sedap ke tak, cuma cendawan tu kena letak last, didihkan kejap terus matikan api, kalau masak lama2 nanti jadi lecur dan tak berapa nak kenyal bila dimakan. Untuk kali ni mat guna ikan pari, kalau anda nak guna ikan tenggiri atau ikan merah juga boleh. Nak guna ayam pun takde hal punya. Kalau asam pedas nyonya, mereka tak lari guna herba2 seperti bunga kantan, daun kesom dan daun limau purut, tapi untuk kali ini mat tak letak daun limau purut. Ok takmo cerita banyak jomm semak resipi...kalau sudi.. ^__*

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari, cuci bersih, perap sekejap dengan jus limau kasturi, cuci dan toskan
10-12 kuntum cendawan tiram, belah 2 setiap 1, cuci dan toskan
1 genggam, daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 biji tomato, belah 6
1 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
9 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum dan sedikit garing. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Tambah cili kisar dan terus memasak hingga cili garing. Guna api sederhana dan dikacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan ikan pari dan masak sekejap. Tambah jus asam jawa, daun kesom dan bunga kantan. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
  3. Tambah cendawan dan tomato, masak sekejap hingga ikan masak (biasanya ikan cepat masak). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk-pauk yang lain..

8 comments:

mira maisara said...

masok cendawan yep.. nak try buat lah..hehe

Sunah Sakura said...

daun kesom kalo tak letak, tak sedap...daun kesom umah saya da layu..hahaha

kakchik@ella said...

CIk mat .. tq sbb selalu berkongsi resepi dgn kami. Tp cik mat .. KC nak yg dari air tangan cik mat sendiri. hihihi.

Sis-Lin said...

As salam Mat...

'anak itik tok wi mandi dlm kolam, dtg sini tok wi, ada asam pedas pari'..

Waaaaa ingtkan respi itik sudah masuk, belum lagi eh? itik tgh gantung ke tu..muahahahahahah

dapurCikWan said...

memang meleleh la kalau hari macam ni.. =)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

oo asam pedas nyonya ada buah keras ye.kuahnya nmpk sedap sgt..meleleh je rasa ...dapnyer.

Kamsiah said...

CM..saya suka letak nenas kalau masak asam pedas....

gadisBunga said...

woh. tak pernah terfikir lagi nak taruk cendawan dalam asam pedas. cayalah cik mat!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.