ASAM KARI IKAN PARI...TU JE YANG SEMPAT.

rsz_dsc_0828
Salam Khamis, hari ni masak yang biasa2...Ntah lah blurr, sampai tatau nak masak apa dah. Jadi mat masak ikut apa yang tekak nak makan. Pagi tadi pun bila mat tanya big boss, nak masak apa, semua kata masak jelah apa2.. Erkk, masak apa2, paling senang telur goreng jee lahh. Tapi ai kan pantang okeh, jadi nak juga masak yang masam2 maka mat masak asam kari, guna ikan pari. Asam kari ni typical lauk peranakan baba nyonya. Ia gabungan antara masakan asam pedas dan kari, tapi tak guna santan. Cuma mat ada kekurangan bahan, iaitu bunga kantan bahan penting pulak tu....hmm, dah kurang ke"nyonya"an nya. Masakan ni tak semua orang suka, tapi mat suka. Rasanya mesti ada sedikit masam dan bahan seperti serai, daun kesom, bunga kantan antara herba utama. Satu lagi, kalau ada perbezaan resipi, anda jangan salah faham, kadang kala keluarga orang2 peranakan ni memiliki resipi warisan dari orang2 tua terdahulu, jadi tu pasal ada yang tak sama. Kalau tak resipi pun ok, tapi nampak tak cun pulak kan... (^__^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari
1 biji terung biru
1 biji tomato
1 genggam daun kesom
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 senduk nasi cili kisar
1 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
1 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dicuci bersih, toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah dua dan potong serong sederhana tebal, rendam. Tomato dibelah enam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus hingga wangi, tambah cili kisar dan tumis sekejap. Masukkan rempah kari dan gaul rata. Tambah sedikit air, kacau dan masak hingga rempah dan cili garing.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari dan terung (toskan), tambah jus asam jawa, daun kesom dan bunga kantan. Biar mendidih perlahan.
  4. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

Post a Comment

6 Comments

  1. As salam Mat..

    Memang sedappp ikan pari masak asam pedas..klu masak kari pun aku sukaa...
    Aku klu makan suka makan tulang dia, Maka ku kata x boleh makan, tapi aku sukeee..hehehhee

    ReplyDelete
  2. yg ni pon dah sedap walau tak sempat

    ReplyDelete
  3. CMG... ade tips x nak pilih ikan pari ni? Ari tu x penah2 hayat beli ikan keras, sekali siap masak. Adoiyaiii... bukan setakat keras, liat lak tu. Kucing pun x mo... huhuhu

    ReplyDelete
  4. laarrr samalah..tapi smlm akak masak asam kari ikan mayong...resepi mcm ni gak...kata suami akak, ni masak kari ke masak asam pedas...akak kata 2 dlm 1..tapi tetap sedap...mmng hari2 kalau masak pun buat pening kepala, tak ada idea kdng2 nak masak....mcm biasalah, rayau2 kat blog kwn2..tapi blog DTS tetap no 1...mcm2 adaaaaa...

    ReplyDelete
  5. masakan gaya pernakan ni sedap2 dan unik rasanya .

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.