BEN ASHAARI

Saturday, February 11, 2012

KEK EPAL YOGURT..

rsz_kek_epal_yogurt
Salam malam semua, entri malam ni mat nak share satu lagi resipi kek yang tersiar di majalah Jelita Fabruari 2012. Kek epal yogurt ni mudah disediakan, mat guna epal hijau sebab epal hijau ni keras sedikit dan rasa dia masam2 manis. Mat bakar kek ni dalam acuan empat segi berukuran 6 x 6 x 3 inci. Sesuai untuk minum petang, rasa dia pun taklah manis just nice bila kita makan dan kena dengan epal tu. Bila membakar kek atau biskut, yang penting, oven mesti kena panaskan dahulu sekurangnya 10 minit awal. Bila masak, uji kek dengan mencucuk tengah kek dengan lidi sate dan jika keluarnya bersih, tu tanda kek dah masak. Sejukkan dan hias ikut kreativiti anda atau nak senang ayak gula aising atau dusting powder. Dusting powder ni dia lain sikit dari gula aising. Sebab dusting powder tak mudah larut, nampak lawa je kalau ayak atas kek atau fruit tat.

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram mentega
90 gram gula kastor
2 biji telur gred A
160 gram tepung gandum*
3/4 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
1 camca besar serbuk badam
60 gram plain yogurt
1 camca teh esen vanilla
1 biji epal hijau, buang kulit dan potong pada 12 potongan
Gula aising untuk hiasan (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin empat segi bersaiz 6 inci x 6 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Tambah esen vanilla dan serbuk badam putar sebati.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan yogurt tadi hingga habis, putar rata. Tuang dalam tin yang telah disiapkan. Susun hirisan epal atasnya dan tekan sedikit. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  4. Keluarkan kek dari oven dan biar sekejap. Keluarkan dari tin dan sejukkan atas jaringan. Ayak gula aising sebagai hiasan jika suka. Hidangkan..

9 comments:

laskar pelangi said...

yummy:))

faa.rosli said...

selain epal leh gune buah ape lg ye abg mat?hehe -xminatepalsangat-

Liza @ Adzriel AB said...

minum dengan jus epal.. mak kak liza kata, makan epal hijau boleh awet muda.

*R said...

scrumptious ^^V

Rozuan Ismail said...

amboi sedapnya.huhu

Yatie said...

adoyaiiiii terliurlah plk...napelah akak leh lupa nak beli apple tadi...padahal dah dlm list nak beli sbb nak buat sesuatu...grrrrr...

Liza said...

gebunya... yummy..

Lady Milo said...

nak cuba lah nanti., kalau ketuhar kecik macam ketuhar untuk bakar roti tu boleh ke ek..??

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh lain dr yg lain..nyum3

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.