BEN ASHAARI

Wednesday, January 4, 2012

TUMIS SOTONG CHOMET BERSOO HOON..

rsz_dsc_2540
Salam petang semua, assalammualaikum, dah minum petang?..Tadi mat buat soft cheese bagel, tapi malam nanti mat letak ok. Entri petang ni satu menu mudah dan simple. Ini mat masakkan untuk big boss, sebab mat tak boleh makan sotong, jadi tengok dan lihat sajalah, namun begitu, taci cicah juga sikit kuah dia kasi rasa.....aduhh manis sehh sotong ni..sabar2...mana nak, sedap sekejap atau hazab menanggung gatal kat dua2 telinga?..Hehe, terpulang. Sotong kecik ni kita panggol chomet dan tak perlu siang, cuma buang kelapa, dakwat dan bahagian dalam perut sotong, cuci dan toskan. Ada juga yang suka dakwat tu, dan rasa dia pun manis. Mat pernah lihat di kaca TV, yang dakwat sotong tu merka buat pasta.. Resipi mudah pun takpe, mat tulis juga..jomm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong kecil atau sotong chomet
1/4 biji kobis bulat
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih,hiris
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, buang dakwatnya dan juga isi dalam perut sotong, cuci lagi dan toskan. Kobis dihiris, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang bersama bawang putih. cili hijau dan merah hingga laju. Masukkan sotong dan sos tiram, kacau rata dan masak hingga sotong berubah warna.
  3. Masukkan kobis dan sedikit air, gaul rata. Tambah soo hoon dan kacau, masak hingga kering sedikit. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gulam, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas..

7 comments:

Najwa Sofwani said...

sy suke ini!!! :D

Chah said...

Sian che mat takleh makan sotong, bak la saya perabihkan!

laskar pelangi said...

perghhhhh! terliurrrrr~~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

comet ni lebih lembut dan manis kan encik mat

Wifey said...

Sedapnye...

wanG said...

nakkkkk....sedapnya...

susumanis said...

feveret nih :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.