BEN ASHAARI

Thursday, January 12, 2012

THAI GREEN CURRY...dan...DOA UNTUK ADIK AMIR SAFWAN

rsz_dsc_3448
Salam semua, semalam mat masak Thai Green Curry atau Kari Hijau Thai. Kalau perhatikan ia satu masakan unik dan penuh dengan rasa herba yang unik tapi sedappp. Mat guna resipi yang sama, mat ambik dari blog Kak Ida 1001 Resipi di sini, pakar memasak tu, dan mat rekomen kalau anda nak satu resipi yang ringkas dan cepat, boleh mentelaah blog beliau, seriuss, kadang2 benda yang kita tak terfikir, Kak Ida akan buat...dan semestinya lah sedappp. Mat guna daging dalam 400 gram macam, daging batang pinang. Kalau nak guna ayam pun ok, mat pernah cuna dan sedap. Lagi satu, mat guna minyak kelapa untuk masakkan ini. Sayur2 yang mat letak dalam dia adalah pilihan sendiri. Penggunaan daun selasih atau sweet thai basil adalah penting dan wajib bagi mendapatkan rasa aslinya. Dalam kesempatan ini mat minta jasa baik anda semua mendoakan kesihatan adik Amir Safwan yang berada di ICU setelah menjalani pembedahan jantung yang dialaminya sejak dari lahir. Adik Amir Safwan baru berusia 3 tahun lebih. Beliau anak saudara pada blogger "eelobor"..kesah lanjutnya di sini.... Terima kasih..


BAHAN PES KARI HIJAU :-)
1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (mat guna 10 biji + 2 cili hijau)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia (mat letak lengkuas dan halia)
1/2 cawan daun ketumbar (mat guna semua sekali termasuk akar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan

BAHAN KARI HIJAU THAI ;-)
450 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
3/4 cawan terung pipit, cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 6
1 cawan hirisan rebung
1/4 biji traffic light capsicum (red, green, yellow) didadu besar
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Pes kari hijau thai (resipi diatas)
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES KARI HIJAU THAI :- Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu. Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
  2. UNTUK KARI HIJAU THAI :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai, terung pipit dan daging. Gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut.
  3. Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging 1/2 empuk dan terung pipit lembut. Masukkan dan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
  4. Akhir sekali masukkan daun selasih, traffic light capsicum dan tomato, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Selamat mencuba!.

11 comments:

Chah said...

cik mat, nampaks sedaps la itu GURRY...hehehe..

Misz MariA said...

yummy ^^..!

Mat Gebu said...

@ chah - hahha ini lah akibat update n3 lepas Subuh..typo semuanya..grrrr.terima kasih sebab tegur..hahah

@misz maria - terima kasih

Zurina Hj.Zainal said...

tak pernah makan green curry....nampak sedap...tapi malas nak masak. canner?

faa.rosli said...

nak try la!

LUTFI SYAFIQ said...

hmmm dh bertahun lamanya mengidamnak rasa masakan Mat Gebu. :(

Rozuan Ismail said...

green curry? x pernah try. kalau kari biasa tu pernahlah.agak2 nape namanya green curry? mungkin byk guna sayuran kot.

p/s tq PCM sebab sudi letak link blog saya.sayang lebih.

Diyana said...

nampak sedap la cik mat...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

saya tak pernah mkn lagi green curry ni CM, nmpk sgt sedap..


moga adik amir safwan kembali sembuh, amin

eelobor said...

terima kasih yang tak terhingga buat CMG. manakan kita tahu, andai ada antara doa dari pembaca2 di blog CMG yang di angkat dan di makbulkan Allah. terima kasih sekali lagi.....

Azira...Nozie...Kechik said...

wawawawa...akhirnya....jumpe kat Mat Gebu. Pernah saya buat skali, itu pun baca dari sana sini, buat paste curry bagai...

Rasa ada, tapi rupa mcm tak suke ay tgk..saya imagine dia ijau..tapi dia jd mcm kurma jek...

semangat tau masa saya buat siap beli terong pipit bagai....hahaha..

nanti nk cube balik!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.