BEN ASHAARI

Thursday, January 26, 2012

TAK MASAK....MAKAN MAGGI SUDAH LAH...

rsz_dsc_5188
Salam tak berapa nak tengah hari. Dah makan?..Mat hari tak masak, konon2 lah, tapi tak masak 1/2 hari siaaa, petang nanti masak lah, yang mudah2. Tapi pagi tadi guaa masak megi kari okeh, jadi terus makan untuk tengah hari punya sekali. Boleh caya ke si mat tu, tah2 dah melantak benda2 lain..hmm memang yea pun, dah makan macam2, sengkuang habis sebiji, karot sebatang, kopok ikan lagi, tu belum masuk dengan makan angin, mau kembong sat lagi. Ni ada masa sikit, mat cepat2 update blog, takpe lah kan entri megi pun, janji mat masak. Tapi seperti biasa mat masak ikut apa yang tekak aku rasa nak makan, kurang pedas, tambah cili, kurang asam perah limau kasturi, kurang rasa kari, aku tambah daun kari. Kurang hangat, letak pulak lada hitam....erk, ada yang pitam ke bila baca ni. Pstt..anda pasti terkejut dan tak sangka benda ni jadi kat KLIA, tak caya klik sini....kann.. Ok, jommm makan megi kari style Mat Gebu pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi kari, asingkan mi dan perencahnya
1 pokok kecik sawi bok choy, leraikan, cuci dan siang berasingan
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 cawan air
1 biji telur
2 biji cili padi, cincang halus
4 helai daun kari
5 ekor udang saiz besar
1/3 camca teh serbuk lada hitam
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Hirisan cili hijau dan merah, untuk hiasan
1 biji limau kasturi, belah dua
Sedikit minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk (mat guna non-stick pan mungkum). Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga harum. Masukkan perencah kari, dan juga cili padi. Tumis lagi dan tuang air. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan telur dan kecilkan api, biar telur mengeras tapi merahnya 1/2 masak. Masukkan sawi bok choy, serbuk lada hitam dan udang. Masak hingga udang berubah warna.
  3. Masukkan mi maggi, dan biar mi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang dalam bekas sesuai dan tabur dengan hirisan daun bawang, hirisan cili merah/hijau, bawang goreng dan belahan limau kasturi. Hidangkan panas2...hmm.

19 comments:

~Kirin Selama Perak~ said...

masak megi pon style macamni.
sempoi la PCM!
pos sikit kat selama,perak ni..
:D

mas saari said...

ini pun sodap!!

Sari Yusa Ibrahim said...

waaaaaaaaa... tengok telur tu tak tahannnnnnnn...

Eza Boom Boom :) said...

uishh, megi pon sodap dengan hasil tangan mat gebu.. :)

apix said...

urghhh .. lapar lar plak .. hee~

whitecappuccino said...

telur dalam meggi yg macam ni la buat kita terliur

Jun said...

mat oooiii..ko masak megi pon rajin giler letak mcm2..akak kan, kalu masak, letak perencah dia jek..hahahaa

STAR Q said...

Tgk maggi ni teringat masa bljr dulu. tp masa tu x dpt la nak ltk aksesori mcm dlm foto CMG :-)

Dinda Iva said...

baru semalam #kandajebat kita masakkan maggi kari camnilah lebih kurang... dia suka masak maggi macam masak sup...sume nak masuk..tapi itulah sedap..yummm

Tina Othman said...

meleleh air liur tgk, sedapnya

Marzhani said...

masak jugak nih..megi pun sedap,terliurnya..

majirashid said...

fuyohhhh..sedap nye..kecor da nie..ish²

Iffah Afeefah said...

penoh mangkok nengoknye

Sis-Lin said...

Megi pun sedappppppppp!...

Qasey Honey said...

wlapon stakat maggi...bile dah dimasak n dideco cmtu...sedap sggh nmpknya...slurppp..

Cik Firus said...

hai.. jom baca latest update cik firus http://yanaalias.blogspot.com/2012/01/free-demo-bio-rejuv.html

My_Sarah said...

benda mudah jadi susah. alamatnya x makan la sy. hehe
kalau mat nk tolong buatkn 4 sure 5x tambah :)

Puspha said...

walaupun maggi tapi nampak mewah!!

Rosmaini Abdul Razak said...

aduuuuhhh....berselera betul!
padahal megi je tuu....!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.