BEN ASHAARI

Sunday, January 29, 2012

SEKADAR MINUM PETANG BIASA...

rsz_dsc_5616
Assalammualaikum, salam semua, maaf lah sebab tajuk entri minum petang tapi entri keluar dah malam. Kadang2 mat sendiri macam nak habis idea pasal berblog ni. Apa2 pun dengan rendah diri jutaan terima kasih mat ucapkan pada semua yang memberi sokongan pada DTS, walaupun mat tak update sehebat dulu, tapi anda masih sudi singgah tanpa jemu. Pada blogger2 masakan, terima kasih juga. Petang tadi mat minum petang dengan roti yang paling kerap mat buat untuk jamu tetamu, selalu guna tuna tapi hari ni tuna habis, dan sebagai alternatif mat guna sardine, eh sedap, boleh tahan. Kalau sebut minum petang ni, orang melayu kita kebiasaannya akan membuat kueh mueh atau paling biasa pun pisang goreng, cekodok atau karipap. Dan kalau di kampung, ada juga yang menghidangkan ubi rebus bersama sambal tumis atau kelapa parut + gula melaka dan juga ikan masin. Ini semua bergantung pada kebiasaan individu itu sendiri. Dan mat sarankan anda ambik lah gambar sebagai tanda kenangan perihal makanan tradisi kita, haa bercakap pasal gambar, yang mana berbakat tu boleh klik sini, dan anda akan tau nanti...

rsz_dsc_5595
Untuk entri malam ni mat rasa tak perlulah mat letak resipi, sebab anda pun tau dah macam mana nak membuatnya. Selain roti ada juga mat buat kek, cuma kek biasa2. Roti dan kek ni mat buat untuk dibekalkan pada anak buah mat yang balik ke asrama setelah tamat cuti tahun baru cina. Kesian pulak tengok, jadi tu yang mat buat. Dan mat ambik 2 biji roti tu dan sedikit kek yang selebihnya, bagi kat dia. Hmm, rasa mat ini entri terakhir untuk malam ni, insya Allah lah, nanti kata terakhir, tengok2 keluar lagi, betul tak?. Oh yea sapa2 yang nak buat roti tu, boleh klik sini dan kek pulak di sini...Ok tu saja...jumpa lagi dalam entri lain.. Salam sayang dari DTS-MAT GEBU untuk semua.... ^__*

9 comments:

Kalamhati said...

ni luar biasa ni..hehe

Mat Gebu said...

@ KH - biasa2 saja...huhu..

Telor Power said...

mat gebu kata ni biasa2 jer....hadoi. bagi aku dah luar biasa nie. nampak sedap tu

Citarasa Rinduan said...

cik mat..
ianya sangat mengiurkannnnnnnnn..

eh!! teko tu cun lah..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Che mat,walau pun jarang2 singgah tapi tetap nak singgah.tak ada siap nak miss resepi2 che mat yang sedap tu...

Rozuan Ismail said...

roti sardin pon sodap. wan suka makan nasi pulut dgn sambal @ ubi rebus dgn kelapa parut + air kopi

hana said...

CMG, ini bukan biasa..ni luar biasa ni.bila la sy nak pandai masak cam CMG ni..#musykil#

Sari Yusa Ibrahim said...

comelnya kejadian....

Errah said...

sedapnye cik mat..suka tengok gambar cik mat..cantik sgt..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.