BEN ASHAARI

Monday, January 9, 2012

SAMBAL TUMIS IKAN TONGKOL

rsz_dsc_3111
Sambal tumis, satu masakan tradisi orang2 Malaysia..yelah baik mat letak Malaysia, kalau sebut melayu sahaja, ada pulak yang mula nak try test kutuk2 guaa...Hari ni nak share resipi sambal tumis ikan tongkol. Ini resipi mudah, ikan tongkol goreng dulu, tapi jangan garing sangat, biar embal2..buat sambal dan masukkan ikan. Kalau anda nak mudah lagi kan..kan..kan..buat sambal awal2, buat banyakkkkkkkkkk..........banyakkkkkkkkkkkk....lepas tu sejukkan, simpan dalam botol, bila nak makan sambal ikan, panaskan sambal tu, cempak ikan, nak sambal ayam, cempak pulak ayam, tapi itu ayam kasi goreng dulu lah. Kalau nak rasa seksi, titikkan serai sebatang dia, yang ni kalau sambal ayam memang sesuai, kalau nak ala2 rasa nyonya, tambah hirisan bunga kantan..memang penggsan waa cakap sama luu... Sesuai juga untuk mak2 yang bekerja. Cuma mat sarankan tumis tu guna minyak lebih sikit. Kalau nak lagi sehat walafiat, guna minyak jagung, tak pun canola oil..nak lagi sehat, guna minyak zaitun tapi beli yang untuk buat goreng2 punya lah..Ok..jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tongkol saiz sederhana
3/4 cawan jus asam jawa
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 biji bawang besar belah 6 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus asam jawa, gula secukup rasa dan sedikit garam, gaul rata dan biar mendidih. Tambah ikan tadi dan gaul rata. Kecilkan api dan masak hingga sambak pekat.
  3. Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang bersama nasi dan apa2 makanan kegemaran anda.... ^__^

13 comments:

dna said...

kelass kau mat... he he he.. I like so much the idea "masak banyak2 simpan dalam botol" balik ni semangat nak buat cam tu... time hubby out station and I oso bizy semacam.. memang sesuai cara tu... emmm nak request gak, cara masak laksa beras.... bukan kuahnya tapi mee laksa tu sendiri sebab beli kat kedai tu tak sedap la rasa macam getah.. terlalu kenyal... kalau boleh la..ya.. pls.. pls.. pls..

Ummi said...

Owwhhh...wat sambal banyak2 eh...pastu kalau sapa bnyk cakap sgt, amik sambal,potong lidah org tuh..sambalkan...hahahhaa.. Bagus tips koo...haha

JIJI YU said...

guna minyak enji je la..kompom sihat

Mas said...

my peberet....
mengeliurkannn.....

Chah said...

ni kalo org ganu makan ngan nasi lemak..memang fuhhh la!

Zurina Hj.Zainal said...

bagus idea cmg...buat sambal byk2 pas tu terasa je nak, campak apa2 yg patut...dah jimat masa...hehehe..

Arra Ahmad said...

mak sy selalu masak..makan dengan nasi lemak..hehe

susumanis said...

yum yum..nk polo tips buat sambal byk byk sbb anak beranak kaki sambal..hehe tq CMG

Mat Gebu said...

Oh lupa nak kata..kalau masak banyak2 dan simpan dalam botol, pastikan ada lapisan minyak atas sambal tu, then simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer tgk sambal ni CMG.mkn ngan nasi lemak pun sedap

ardyim said...

fevret ni sambal ....mkn dgn nasi panas msti tambah 2x...

sarah said...

ikan tongkol ni memang sedap wat sambal, tapi kalu yang mata merah tu gatalkan kalu makn??betoi tak??

pembekal mutiara said...

sedap.tp umur 30 an risau suda makn terlalu berminyak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.