BEN ASHAARI

Saturday, January 7, 2012

PULUT SERAWA DURIAN..

rsz_dsc_3010
Salam malam semua, entri terakhir mat hari ni...hmm penat sikit lah, kaki pun alhamdulillah makin bertambah elok, tak sakit, cuma sengal sikit2 siaa.. Oh yea sebelum terlupa, mat nak ucap Tahniah pada geng FB Puan Amy Isaiah, dia ni Nyonya Pranakan Melaka, suami dia Melayu, tu hari Amy baru dapat baby...erkk aiseymen lupa nak tanya baby apa..huhu, takpa lah janji semua selamat walaupun ada sedikit komplikasi...Syukur Alhamdulillah. Berbalik pada entri malam ni, mat buat atas permintaan ayahanda, 2 hari lepas ada sedara mat kasi 3 biji durian, awal dia kata nak buat kuah serawa, takde pulut pun takpa, boleh cicah roti, tup2 pagi tadi dah ada pulut dalam 1 kg, dan itu bermakna, kena buat pulut serawa durian..hmm takpelah bukan susah, bahan2 dah ada cukup, tinggal masak. Kukus pulut pun senang sebab mat gune pengukus letrik, cepat, bersih dan kemas. Entri pilihan DTS malam ni ---> di sini...

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...

14 comments:

diana said...

biasanya makan dengan roti la..dengan lempeng tak pernah pun..:p

Sis-Lin said...

Terbau2 sampai ke bukit indah bau deriannyaaa..shedpnyaaaa
kat uma ni klu bt, aku je yg makan..huhuhu xde feel mau buat..huhuhu

Nini Mohd said...

bestnyer serawa durian. faveret nih. ;)

http://ninimohd.b logspot.com

zaMir said...

errrmmm..tak pernah rasa la ...nmpak mcam menarik....simple je nak buat kan?? boleh try klau ade durian nih..

Cik Pulau said...

sedap.. sedap.. dan sedap..huhuhu

hepy bufday pcm..^^,

Aza/Rin/Na said...

assalamualaikum ... cik Mat, Selamat Harijadi ya - semoga di dalam lindungan ALLAH sentiasa, dimurahkan rezeki, sihat dan berbahagia disamping keluarga tersayang. Akak baru raikan harijadi ayahanda dan anakanda malam tadi ... (suasananya ada dikongsi di entry baru )

Seri said...

Selamat Hari Jadi yang Ke36...

Chah said...

Hepi burppppp day cikmat!!!

Syafiq Ahadin said...

salam hari lahir ke 36!!!!! :)

A~ said...

Happy Birthday PCM!! Semoga panjang umur & murah rezeki sentiasa. All the best in life :)
Jom singgah melbourne kalau ada rezeki lebih :)

misshannajr said...

happy birthday abg mat..moga sentiasa hdp dalam keredhaan Allah :)

blog-tips-kurus said...

jarang saye suka resipi durian sebab durian asli yg sejuk masuk fridge lagi nyaman! :-)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

huwaa...sedapnyer.tgk pulut tu pun rasa terus lapar

Ell said...

yummmeeee....! ini favorite saya, Che Mat. Thanks for sharing ^)^

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.