BEN ASHAARI

Monday, January 2, 2012

PUDDING SAGO GULA MELAKA WIF RED RUBIES.

rsz_dsc_2319
Salam petang semua, dah minum petang?... Mat lewat masak sikit tadi. Memang plan nak buat pencuci mulut ni 2-3 hari lepas, tapi tu lah, kalau tak dipaksa, sah tak buat lagi, memandangkan bonda berpuasa hari ni, jadi boleh juga dihidangkan nanti sebagai pencuci mulut. Buatnya mudah, nampak macam rumit. Red rubies tu mat guna water chesnut atau sengkuang cina. Kalau nak guna sengkuang biasa pun boleh, tapi pilih yang segar dan bersaiz sederhana. Untuk mendapat warna merah kita rendam dalam pewarna makanan merah kurang lebih 20 minit, kemudian salut dengan tepung ubi, dan rebus dalam air mendidih, bila sengkuang timbul, cedok dan rendam dalam aia ais. Kebiasaanya ia dimakan bersama santan dan air gula melaka. Ia sedap dihidangkan sejuk. Ok kita semak resipi yea...jommm..

BAHAN-BAHAN PUDDING SAGO :-)
300 gram sago rumbia, cuci dan toskan
3 liter air
1/2 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh pewarna hijau makanan

BAHAN SIRAP GULA MELAKA :-)
1 ketul gula melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan air

BAHAN-BAHAN RED RUBIES :-)
200 gram sengkuang cina yang telah dibersihkan, dadu kecil cuci dan toskan
1 camca teh pewarna merah makanan
2 camca besar air
4 camca besar tepung ubi
1 mangkuk besar air berais

BAHAN SANTAN :-)
1 1/2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh tepung jagung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PUDDING SAGO :- Satukan air bersama daun pandan, pewarna hijau dan garam ke dalam periuk, jerang hingga mendidih, masukkan sago rumbia, sederhanakan api dan masak sambil dikacau hingga sago menjadi jernih. Keluarkan daun pandan. Tuang sago tadi dalam tapis dan cuci bawah air paip untuk membuang kanjinya. Masukkan dalam acuan yang sesuai, dan simpan dalam peti sejuk.
  2. UNTUK SIRAP GULA MELAKA :- Satukan semua dalam periuk, kacau dan masak hingga mendidih dan gula hancur. Kecilkan api dan renih hingga pekat. Tapis dan sejukkan.
  3. UNTUK RED RUBIES :- Jerang air hingga mendidih (anggaran 3 liter). Toskan sengkuang yang berendam pewarna merah tadi. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik bersih. Masukkan juga tepung ubi, goncang plastik tadi sehingga semua sengkuang bewarna besalut tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak untuk membuang lebihan tepung. Masukkan ke dalam air mendidih, kacau perlahan dan bila ia timbul, cedok dan alih dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar terendam hingga masa diperlukan.
  4. UNTUK SANTAN :- Satukan semua bahan, kacau rata dan jerang dengan api kecil, sambil dikacau selalu hingga santan suam dan pekat. Sejukkan.
  5. UNTUK PUDDING SAGO GULA MELAKA WIF RED RUBIES :- Keluarkan pudding sago dari acuan, letak dalam bekas sesuai. Sudukan santan, diikuti sirap gula melaka atas pudding tadi. Letak pula red rubies sekeliling dan sedikit pada bahagian atasnya. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut...

7 comments:

zaMir said...

Urrrmmm...meleleh pulak tengok..nmpak mcam boleh membasahkan mulut...

Mat Gebu said...

@ zamir - olo olo..komen baru keluar dari kurungan...takpe nanti boleh buat..

aimie amalina said...

aduhai
pestime baru taw pasal red rubbies ni pakcik mat
wuwuwu
nk terai wat..mesti liat2 kan..dalm crunch2 plak
aduhai..menggoda..hehehe

maseh pakcik mat :)

wanG said...

CMG, saya tak tau la samada saya dah dapatkan permission CMG utk letak blog CMG kat list fav. saya, andainya belum, saya nak mintak izin CMg la ni...saya ni baru nak berblogging, jadi kurang arif tatasusila blogging ni, tak sure kena mintak permission ke tak kalu nak link blog kesukaan ke blog saya..harap CMG tak marah ye!

happy new year 2012!!

Yatie said...

waduhhhhhh wat akak terliur je..kaler merah dngn ijau tu mmng pembuka selera tullll..nak wat gaklah...

Mat Gebu said...

@ Wang - terima kasih atas kesudian anda meletakkan link DTS di blog anda..

who's there? said...

Mat, mintak izin copy resepi yea...baru nak mencuba memasak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.