BEN ASHAARI

Monday, January 9, 2012

PALING RINGKAS..PALING CEPAT..PALING SEDAP..

rsz_dsc_3164
Selamat petang semua, dah santap tengah hari..mat masak simple saja hari ni, bonda pun berpuasa dan mat akan buat kerabu buah kuini petang nanti, yang tu kita cerita kendian. Ntah lah mat kadang nak masak pun blurr, kalau ikut selera sendiri, telur goreng pun dah ok, ulam bawang sama kicap + ikan bilis + cili padi + perah jus limau kasturi sikit. Abah mat dia suka makan masak lemak taugeh tu, tapi sambal belacan, can not lahh, sebab pedas, dia nya sepesel ok, sambal udang kering dan bonda yang selalu buat..kalau pedas punya, mat gebu buat. Kebetulan semalam sedara mat datang bawak buah kuini, jadi boleh lah buat sambal belacan buah kuini, waa sedapp nyaa. Paling utama ikan masin kena ada lah, kalau tak kang kecoh woo, abah guaa diaa bising, sebab tak cukup set...huhu....


Sambal buah kuini kena pedas baru lah menyengat, belacan pulak kena bakar kasi wangi, kalau dulu2 kan masa kami guna dapur kayu, belacan bakar guna bara api menghasilkan haruman yang lain macam sangat. Lepas tu ikan masin..ikan tenggiri jeruk, yang ni ada dua jenis, satu yang kecik, satu lagi jenis ikan tenggiri batang yang besar tu. Kalau mat kan suka saiuz besar, bila nak makan, kita hiris dan goreng, bau dia, masya Allah..pengsannn >__<, cuma tak berapa nak elok lah bagi yang ada darah tinggi, dan gebu2 macam mat gebu. Tapi memang ngam kalau makan dengan masak lemak, lagi2 kalau masak lemak 3T...Hooo apa pulak 3T tu......

3T tu maksudnya masak lemak Taugeh, Tauhu dan Tempe (3T)..betul tak?..istilah baru eks, well, biasalah si mat tu, ada time dia memang ada tune tak berapa nak ok..takpe bukan dosa pun, cuma nak memudahkan pekerjaan. Satu tip masak lemak, rasanya mat dah bagi tau banyak kali kot. Santan pekat dan cair perlu kita asingkan, tu bagi yang gunakan kelapa parut dan kita perah santan dia. Kalau santan siap perah tu memang sedia kala pekat dah. Kebiasaan kami di Johor, santan pekat akan diletak akhir, kacau perlahan dan didihkan dengan api kecil kacau dan matikan api. Tapi pastikan rasa dia semua dah ok lah yea....huhhh..penat bebel, ok jomm semak resipi pulak, ingat ok, ini masakan very the simple sangat, bukan jenis complicated punya.

MASAK LEMAK 3T (TAUGEH, TAUHU, TEMPE) :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tempe, dadu pada saiz sederhana
3 keping tauhu keras, potong 4 setiap satu
3 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 biji cili merah, hiris
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan hirisan bawang besar, bawang putih, udang kering tumbuk dan santan cair dalam periuk, didihkan. Masuk tempe dan tauhu, kacau rata dan masak sekejap hingga tempe lembut, jika perlu tambah sedikit air.
  2. Tambah taugeh dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Akhir sekali masukkan cili merah hiris, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

SAMBAL BELACAN BUAH KUINI :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji buah kuini saiz sederhana, kupas dan ambil isinya
20 tangkai cili padi kampung, buang tangkainya
2 biji ciili merah
1 biji bawang merah
1 inci belacan
Secubit gula dan garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Belacan dibakar hingga harum, ketepikan. Dalam lesung batu, masukkan cili padi, cili merah dan tumbuk hingha lumat. Tambah belacan dan bawang merah, tumbuh lagi hingga lumat dan halus. Masukkan hirisan buah kuini, tumbuh sekejap dan tambah secubit gula dan garam, gaul rata dan boleh ceduk ke dalam bekas sesuai. Boleh hidangkan.

25 comments:

Sis-Lin said...

Mana jering kekasih ku itewwwwww?????
Shedapnyaaaa Mat..adeiiii meleleh hujan2 niee....

Sally Rashid said...

sedapnya en mat..ini kalau mertua lalu kat belakang pun tak nampak ni..hehe

SyedGraphiX dot Com said...

Yangg tuu.. sambal dgn ikan masin. sdapnyeeeeee .

The Ladybird said...

Adoiii meleleh... ada balance lg x abg mat, balik keje nk g sedenak ni.. adehhh

sarah said...

sedapnyerrrr...

missalongwani said...

menjejeh air liur kite......adesss..sedapnyerrrr

PUTRI LAGU said...

sedap nye....

KuNanGKuNanG said...

sy pun makan sayur lemak tauge tengahari tadi..

mas saari said...

waaaaa...nak nangis tengok menu ni! terliur sangat..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

salam abg mat.
nyum2..sedapnye..simple tp menggiurkan.hehe~

Aziela said...

Alahaii...kita baruuu plan nak buat semalam, tapi x kesampaian... Dapat jamu mata kat DTS nie, terubat sikit keinginan. Cik abang dan anak teruna kat rumah tu, tak suka masak lemah putih nie, tambah2 bila ada tauge... Aduhaiii...

Nurul Daniel said...

sodapnyer!!! terus lapar..haishh

Chik Att said...

cik mat ...ayaq lioq dah meleleh ni ...

Nieza said...

assalam cik mat,memang nampak menyelerakan menu ni....tgk kerabu kuinin tu buatkan saya terliur la:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

byk 3 dlm reseipe sayur tu CMG...plg tak tahan tgk sambal kuini tu!

susumanis said...

bestnyerrr..kl mkn sure tambah 2 kali nih..:)

Chah said...

perghhhh!!! 3T? I loikee!!!

maszull said...

assalamualaikum cik mat...sedap nyer lauk tu walaupun simple tapi bestnya...:)

Roha said...

Assalammualaikum wbt.
Sedapnya.....mmmmmm..

~Nana BamBam~ said...

terliur den nengok sambal belaan kuini tuh..pergh.. :P

azila said...

bab masak2 jenis gini..mmg malas nak dtg tgk..sbb sure teringat masakan ibu n air liur pasti mengalir laju...waaa..nak buat gakkkkk

Roses_Leo09 said...

emmm sedapnya che mat
makanan favourite hanim nih .....

Zurina Hj.Zainal said...

giler laaa......mmg tip top de boommmm!!......simple n tasty....:)

ishy77 said...

terbaik ni..semua 'lawan' dia ada..cukup rasa..

azura said...

Tadi baiknye rasa..tetiba pembantu ni dia ble pula letak belacan.... Belacan tu nk wat sambal belacan la....sedih terus hilang smangat nk masak lauk lain

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.