BEN ASHAARI

Thursday, January 5, 2012

MAMAFAMI KAKI GODA....TAK SANGKA OKEH!

rsz_dsc_2712
Salam petang semua, dah minum petang?...Mat hari ni kan kalah lahh...tu lah Mamafami ni dia sengaja tau goda2 ai kat FB, tapi sebelum tu memang dah goda2 juga cuma tak de gambar, jadi kurang gerah..tapi bila dah ada gambar...lagi lahh tak bley tahan...desperate okeh, terus dengan rajinnya membuat seperti apa yang digodanya tempoh hari...Erkk..ngeri kee, releks, sebenarnya mama tu hari dia cerita2 pasal satu resipi ni "tat kentang". Tiba2 kan tadi kat FB dia tag mat dengan gambar itu tat kentang yang dia sudah kasi buat, kasi tayanglagi kat blog beliau di sini...Tak boleh jadi ni, kena buat juga lah kan, baru adil....dannnn....

rsz_dsc_2740

Mat pun buat...sebab apa mat buat, sebab ia senang dan cepat..sambil buat kerja lain pun boleh buat. Rasa dia macam mana pulak, overall ok rasa dia sedap, not bad, just nice. Tapi kan bila mat bakar dalam bekas besar macam dalam gambar tu, dia tak rupa tat dah, tapi serupa muffin ada lah kan...maaf ini pandangan jujur..sebab kalau tat kan ada pastry then isi dengan inti, bakar...baru jadi tat. kann..erkkk... Apa sekali pun mat ucapkan terima kasih pada mamafami, dan pemberi resipi asal iaitu "Madiha" dan "Puan Ros"..Jomm lihat resipi, mat buat 1/2 dari resipi dibawah, harap maklum...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji kentang saiz sederhana, kupas cuci dan parut halus
1 batang lobak merah, kupas cuci dan parut halus
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus
4 batang jejari ketam, hiris halus (mat ganti dengan tuna dalam tin)
1/4 cawan susu segar
3 biji telur
Parutan keju mozarella secukupnya (ganti dengan cheedar)
2 camca besar tepung jagung
Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan parutan kentang dan lobak merah gaul rata, letak dalam tapis dan perah airnya. Masukkan ke dalam mangkuk bersama bawang besar, jejari ketam, hirisan daun bawang dan gaul rata2.
  2. Bancuh telur bersama susu, tepung jagung dan serbuk lada sulah, kacau rata dan tuang dalam no 1. Tambah parutan keju (anggaran 1/2 cawan) dan garam secukup rasa, kacau hingga semua rata.
  3. Sudukan dalam acuan muffin yang telah dilenser dengan sedikit mentega, hingga penuh, buat hingga habis dan tabur lebihan keju atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 20 minit hingga kuning keemasan. Bila masak keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama sos kegemaran anda..sedap juga dimakan macam tu sahaja.

11 comments:

MamaFaMi said...

Hish ko ni Mat... tajuk entry ko, maut giler... muahaha adakah si mak tua ni dikatakan kaki goda. Astaghafirullahalazim! Hehehe...

Pergh lawa lah Tat Kentang ko.. tak kisahlah panggil tart ke, panggil muffin ke... janji tak ketat kalau dapat makan kan Mat kan... Hari tu tak dan nak bersos pun, terus ngap masuk molot. Sib baik ingat nak amek gambau!

Sis-Lin said...

Tangkap leleh seyyyyyyyy tgkkkkkkk...tergoda i, yang 'bogel' tu belum sempat buat, dah masuk yg 'goda' plkkkkkkk adusssssss

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

dahsyat jugak mamafami ni ye.. kaki goda rupanya... hahaha.. by the way.. TQ Mat sudi mencuba resepi yang dikongsi yang asalnya dari Puan Ros Sinaran Menu... memang sedap tat kentang ni.. anak2 akak pun suka... takde cicah2 sos pun.. hihi..

zaMir said...

Saya macam boleh bayangkan rasa dia...bila ada kentang tu...mcam bergedil je....huhuh...nak rase jugak...

Sunah Sakura said...

seronok pulak tengok blog ni aktif semula... :)

lina said...

salam mat - Wah ni pasti lazat ni...

ZYASH said...

Oh...cedapnyer...mau jugak...

Rima said...

super fast! tadi baru jot down resepnya top top CM dah buat.. nak jugak!

fizza said...

Che mat...
sy xder oven, bolex kalau sy kukus jer...

terliurlah nengok...

Ummi said...

Alaaa Mat, baru tau ke Mama kaki goda...bukan kaki jek tau...tangan, mata, suaraaaa laaagggiiii menggoda2...hahahhaha..(*ampun ya Mama cayanggg, jgn marah, nnt kita upah gula kastor...)hehhee

kasihredha said...

cik mat...akak harap next year cik mat masuk master chef malaysia...sure boleh menang...akak sokong 100%

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.