BEN ASHAARI

Wednesday, January 11, 2012

KAILAN IKAN MASIN.

rsz_dsc_3400
Salam malam semua, entri masak2 terakhir malam ni, nak share satu masakan ringkas dan mudah. Kira main cempak2 dalam kuali, kacau2..dahh siap. Kailan ikan masin antara hidangan terkenal juga. Buatnya mudah dan bahan2nya pun agak minima. Semalam mat beli sayur kailan di Tesco, sekilo harga RM6+..punya mahal, yelah sebab keadaan yang menjadikan ia mahal. Kalau musim2 hujan, sayur dan ikan memang mahal. Mat guna daging ikan tenggiri jeruk dan sedikit sos tiram. Satu kelemahan masakan jenis ni ialah, kalau dah sejuk, rasa dia not very nice, kalau panas2 baru sedap. Selalunya sayur kailan batang dia kena titik sikit, kerat dan yang tebal hiris nipis, goreng pun jangan lama2, nanti tak rangup dan manis dia hilang. Satu nak pesan, kalau dapat cuci sayur kailan dengan air tapis, atau rendam dalam air garam, kecuali kalau anda guna sayur kailan jenis organic...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat kailan (3 pokok), asingkan daun dan tangkai, siang, cuci dan toskan
1 camca besar isi kan tenggiri masin, dadu kecil
1 camca besar sos tiram
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji bawang merah, hiris halus
1 biji cili merah, hiris
Sedikit air
Garam, jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng daging ikan masin tenggiri hingga harum, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili merah dan sos tiram, kacau rata dan masak hingga harum.
  2. Tuang sedikit air, kacau rata dan masukkan batang kailan, goreng sekejap hingga lembut sedikit. Tambah daun kailan, kacau rata dan masak hingga daun sedikit layu. Rasa dan jika perlu tambah secubit garam (tapi mat rasa dah ok sebab ikan masin tu memang masin..). Hidangkan panas.

7 comments:

Rozuan Ismail said...

nasi goreng kailan ikan masin satu.!!hik hik. kalau letak lada bnyak2 lagi kaw sedap.


p/s x de pon link blog saya.hehe

PUTRI LAGU said...

terliur...

wanG said...

my feveret...nakkkkk

telor power said...

wah nak jugak.....sedap weh

susumanis said...

mmm sedap nih tp nape yaa kalau mkn kt kedai sedapp beno tp kalau goreng sendiri kureng jeh..polo CMG nyer resepi insyaAllah sedap cam kedai punya ya :)

Sis-Lin said...

Abg aku td pg lps subuh duduk online, dia ternampak sayur ni, pastu dia kata, hrni masak sayur kailan ikan masin..huh!..
Kang nak kena ke kedai le aku cr kailan ni, plan nak masak labu je hrni..huhuhu

Zurina Hj.Zainal said...

kailan ikan masin favorite saya.....tapi tak leh makan byk sgt ikan masin....naik darah tinggi nokk!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.