BEN ASHAARI

Sunday, January 8, 2012

JOM RINGAN2...DAN...TERIMA KASIH PADA......

rsz_dsc_3133
Salam semua...phewwww, baru dapat nak update..ada tetamu kat rumah mat tadi, patutnya entri ni keluar jam 5, habis tu tiba2 ada tetamu datang, tapi tak ramai tiga orang saja. Hari ni tekak tak berapa nak ok, jadi nak yang ringan2 saja, tapi ada gak buat sesuai yang panas, tu entri akan datang mat share. Hari ni mat masak tumis air petola, kalau nak nama sedap sikit, kita panggil lah sup petola. Satu yang mat ralat sikit, rumah mat kehabisan soo hoon, hadoii macam mana boleh lupa nak beli, tu lah kata orang tua2, paku dulang paku serpih, kalau orang awak yang lebih. Tapi serius, mat kalau orang lain, sahh aku bising nya, sebab dah pi tapi tak beli, dan siap pesan lain kali check dulu apa nak beli sebelum berbelanja....hmm kan dah Allah balas balik, aku pulak yang lupa nak check..huhu. Masakan ini amat ringkas dan mudah disiapkan. Mat suka hirup panas sup macam ni, letak sedikit lada hitam, ini kerana petola manis sayur berunsur sejuk, jadi bila ada lada hitam, dia seimbang. Terlanjur ni mat nak ucap terima kasih pada teman2 FB yang masih mengucapkan selamat hari lahir....dan juga beberapa blogger yang membuat entri untuk DTS-MAT GEBU...huhu, terharu mat....antaranya....

Terlebih dahulu, minta maaf pada Kak Ummi Kuantan sebab baru sempat nak ambik kad sepesel dari blog beliau...amboihh, mentang lah mat gebu suka melengkau, dia pun letak pic kucheng tergolek sebelah kek...haha cute je..soalnya..sedap kee kek tu, dia macan tak lalu jee mandang..erkk..hehe gurau jee..terima kasih kak ummi. Tak lupa untuk Puan Azlita blog beliau di sini, Eyriqazz di sini dan juga Iffah Afeefah, di sini..Terima kasih tak terhingga atas ingatan kalian. Kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHYANNYA :-)
1 biji petola manis
15 kuntum cendawan black fungus segar
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Hirisan daun bawang sebagai hiasan
Hirisan cili merah sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas petola manis, buang kulitnya, cuci belah 2 dan hiris serong sederhana tebal untuk setiap belahan. Cendawan black fungus kerat dua jika besar, cuci dan tosk dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna minyak zaitun), tumis udang kering hingga harum, masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga layu. Tuang air secukupnya dan masukkan kiub ikan bilis (jika guna). Biar mendidih.
  3. Masukkan cendawan, masak sekejap, tambah petola manis dan soo hoon (toskan). Perasakan dengan garam secukup rasa, tambah serbuk lada hitam. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah hiris sebelum dihidangkan. Kalau makan dengan nasi, sertakan sekali sambal belacan dan ikan masin...

7 comments:

Sunah Sakura said...

jiji pun ada buat jugak..

deqlis said...

walaupun ringan2x ja..tp nampak sodappp gakk:-)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ooo baru saya tau kenapa org letak lada hitam dlm masakan petola....tp rasanya sgt sedap dan terangkat kan?

susumanis said...

yum yum pe juga CMG masak :)

Juliet_iRa~" said...

happy birthday :)

yang ke berapa tuu..heee

semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa..diberikan kesihatan yang sihat dan gembira sentiasa..:)

mieza said...

Assalamualaikum CMG, Selamat hari lahir, semoga diberkati Allah selalu. Resepi CMG sentiasa jadi main reference buat saya sekeluarga. Terima kasih.

Ummi said...

Mat, time kasih amik kad kucing lentokk tuh...hahaha...bukan ke ko selalu mengadu ko x cukup tdo kan...apapun comeeyy kucing tu kaan...renung kek mcm nak mintak org suapkan...hahaha - Happy Birthday Adnan Ibrahim... ^__^

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.