BEN ASHAARI

Monday, January 2, 2012

JEMPUT SARAPAN SEMUA....

rsz_dsc_2269
Assalammualaikum, salam pagi Isnin, hari ke-2 dalam tahun 2012 bersamaan 7 Safar 1433 Hijrah. Rasa dah lama mat tak goreng mi hoon, lepas subuh tadi tiba2 teringin nak makan mi hoon goreng, lagi2 lah bila teringat satu entri pasal sorang blogger ni menayang mi hoon kat blog dia di sini sedikit masa dulu....kan main lagi. Mat goreng mi hoon biasa2 saja. Kadang2 segan juga nak masukkan kat blog tapi takpelah, sekadar mengisi kekosongan ruang. Kalau tak update nampak macam blog tak bernyawa pulak. Mi hoon selain sedap dimakan bersama sos dan hirisan timun, lada jeruk juga boleh digandingkan. Tapi mat takde cili jeruk, cuma ulamkan dengan cili hijau. Cuma ini cili hijau sepesel okeh, tak berapa nak pedas, rangup dan segar..kenapa segar sebab.......

Ia dipetik segar dari pokok, seperti dalam gambar di atas. Pokok ini asalnya tumbuh secara semulajadi, maksudnya bukan disemai. Asal benihnya dari biji cili kering yang bonda buang. Maka tumbuh subur dan menghasilkan buah yang agak lebat. Kalau kita lihat, pokok yang tumbuh secara semulajadi, ia agak berbeza dari pokok yang kita semai, dan jaga, maksud mat jaga di sini, kita sembur racun serangga segala. Pokok cili diatas agak tahan dan mungkin dia telah menyesuaikan diri dengan keadaan kawasan dia tumbuh. Kalau anda siang cili kering, cuba buang bijinya ditanah, sapa tau ia akan tumbuh, membesar dan memberi hasil...Ok kita semak resipi walaupun ia hanya mi hoon goreng....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam hingga lembut, toskan
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 cekek kuchai, cuci, tos dan kerat pendek
1 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan
2 biji telur, dibuat telur hancur (scramble egg)
1 genggam isi udang
Garam secukup rasa
2 camca besar sos cili (mat guna jenama "LIFE)
Sedikit air, jika perlu
Kicap cair, jika perlu
Hirisan cili hijau, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
4 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan sos cili, masak sekejap. Tambah tauhu, udang dan telur hancur, masak hingga udang bertukar warna. Masukkan sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Tambah garam secukup rasa.
  2. Masukkan mi hoon, sederhanakan api dan gaul rata, masak hingga mi hoon lembut. Masukkan taugeh dan kuchai, gaul rata2. Rasa dan jika kurang garam, renjiskan sedikit kicap cair. Masak sekejap dan matikan api. Hidangkan dengan hirisan cili hijau..

10 comments:

ninazsyafinaz said...

gumuk dah hijau nyer lada tuh..Naz semai lada dlm pasu..sian dia hidup segan mati tak mau..lada nyer pun kecik2 jerk..

Zurina Hj.Zainal said...

menyelerakan....pg ni saya breakfast kt mamak je cik mat....tak de idea nk masak n brg2 pon dh tak adoooooo.......:)

husnazahidi said...

hoho..pg nie di jamu bhun grng oleh c.mat..yeay!!

Honey Kumicky said...

wa...nampak sedap...rasa mcm nak mkn mi hoon la mcm nie...

Abu Mansur said...

yummmm, sarapan pagi tadi roti telur, nasi lemak, kueh 1, air nescafe shake...mamak cafe.

ASMAH YUSOF said...

yummy..sarapan pg td mee bandung dgn kopi secawan ..alhamdulilah...gemuk btl cili b.mat...:))slm perkenalan..

maszull said...

assalamualaikum CMG...wah sedapnya mee hoon tu kan...:)

aimie amalina said...

weee
walau pon mee hon gorg je ttp sedap
heheeheh

nk wat mee hailam la ptgni pakcik mat
teliur plak tgk ni
hehehee

よしくに みやこ said...

Bihun goreng pon ok jer cik mat. Tiap org lain resipinyer ;)

Farah said...

Pertama kali masak meehoon pakai cili hidup instead of cili blend.
Saya tambah carrot 1 batang dan sedikit sayur sawi selepas letak udang, telur dan tauhu. Saya tak masak telur tu dulu. Mereley scrambled it with the bumbu then added in the prawns and fried tauhu.
Selain dari tu saya ikut resipi ini down to the T.
Resipi Che Mat memang mostly foolproof.
Terima kasih, Che Mat! Mungkin saya akan masak guna resepi ini lagi lain hari.
Assalamu'alaikum!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.