BEN ASHAARI

Saturday, January 14, 2012

GULAI PUCUK UBI KERANG...

rsz_dsc_3912
Salam semua, dah makan tengah hari?..Petang baru mat dapat masukkan entri. Mendung langit hari ni tapi tak hujan. Hari ni mat masak pucuk ubi masak lemak dengan kerang tapi ada sedikit kelainan. Biasalah kat kampung ni kan. Mat pun masak bila ada yang nak makan. Kadang2 kita nak masak tapi kalau tak siapa nak makan, tu yang malas. Jadi masak bila ada permintaan, tak kira lah masakan ulang tayang ke atau apa sekali pun. Kebetulan ada isi kerang berbaki dalam 1/2 cawan dan boleh lah dibuat rencah. Tambah serai dan bunga kantan bagi naik aroma dia. Ok, mat tulis resipi pulak dan entri pilihan kali ini di sini.... Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cekak pucuk ubi
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
3 cawan santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
5 biji cili padi
3/4 inci kunyit hidup
1 camca besar ikan bilis
1/2 inci belacan
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk uni diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan, Celur dalam air mendidih hingga pucuk ubi lembut, tos dan cuci bawah air paip, perah dan kerat pendek. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang santan cair dan masukkan kerang, biar mendidih. Masukkan bunga kantan, asam gelugor dan masak sekejap. Tuang santan pekat, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

8 comments:

Kalamhati said...

sedapnyeee tgk kerang tu..huhu

Rozuan Ismail said...

satu kelainan pucuk ubi masak letak kerang.biase masak kosong je.kreatif PCM ni

kakna said...

kakna pun ada pucuk ubi.nak masak apa.tak tau lagi..

Yatie said...

arini akak celur je pucuk ubi, lenkali nak cuba resepi nilah..terliur je tngk, satu kelainanlah letak bunga kantan..mesti lagi harumkan baunya....

JIJI YU said...

haha..pekena serai pon best gak

susumanis said...

nak je gi duk umah CMG..leh makan sedap hari hari..hehehe

liemaopurut a.k.a ana said...

Salam cmg,
Sedap tu gulai pucuk ubi. Tapi x penah plak sy try guna kerang n letak bunga kantan. Insyaallah bole cube lenkali ni ;-)

azlia said...

adoiyai...terkulat-kulat menengok gambar ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.