BEN ASHAARI

Monday, January 2, 2012

GULAI IKAN TOMYAM BERSANTAN..

rsz_dsc_2357
Salam malam, esok 3 Januari sudah. Hari ni kan mat betul2 kering idea, serius nih, blurr jeee, puas fikir apa nak masak. Kadang2 bila kita memasak yang semua orang makan, lebih mudah, dari memasak sesuatu yang kita atau seorang dua saja yang makan. Petang tadi, mat check dalam freezer ada sekeping daging ikan duri, nak masak asam pedas, macam jemu pulak. Malas nak fikir, gamble je lah kasi masak gulai ala2 tomyam, yelah guna pun pes tomyan segera. Kira ni dah kritikalnya menu lah. Bila dah siap masak, ek sedap, not bad okeh, serius nih, kalau guna ayam pun sedap masak macam ni. Tapi mat guna santan, dalam 1/3 cawan, saja bagi rasa lemak sikit. Daun ketumbar mat letak lebih sikit dalam 2 pokok, masukkan sekali akarnya, tapi cuci bersih2 dulu, kemudian ketuk2 sikit akar tadi dengan pisau, baru masukkan dalam masakan. Serai dan daun limau purut bahan penting, kita wajib ada. Perahan jus limau kasturi kita tuang akhir, yang tu bergantung pada tahap kemasaman yang anda suka....Sebelum kita teruskan dengan resipi, cer anda baca entri ini....serius, mesti buat kita semua terfikir ada betulnya....hmmmm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 - 2 kepingan daging ikan mayong (ikut suka, tapi ikan tenggiri pun sedap)
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
2 pokok daun ketumbar dengan akar2nya sekali
4 - 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 cawan santan
6 biji cili padi merah, dititik
6 biji cili padi hijau, dititik
1 biji tomato belah6
1 biji terung bulat saiz sederhana, didadu besar2
15 tangkai sweet pea, kerat setiap satu
1 biji bawang besar belah 6
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 kiub pati ikan bilis
Sedikit serbuk lada hitam
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
2 camca besar penuh pes tom yam (ikut suka nak guna jenama apa, mat guna jenama LIFE)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan jika besar, kerat pada 2 atau 4 bahagian. Cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, serai, lengkus, halia dan juga pes tomyam hingga harum. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis, daun limau purut, cili padi merah/hijau dan juga ikan. Masak sekejap dan masukkan terung dan sweet pea. Tambah santan, kacau perlahan. Perasakan dengan sos ikan secukup rasa, sedikit gula dan masuk jus limau kasturi.
  3. Biar mendidih perlahan, kacau sekali sekala, akhir sekali masukkan serbuk lada hitam, tomato dan daun ketumbar, masak sekejap, rasa dan jik ok boleh matikan api. Biar sekejap sebelum dihidangkan bersama nasi...

4 comments:

Sis-Lin said...

sedap dn nikmatnya kalau dpt hirup kuahnya tu Mat...ermmmm

lina said...

salam En. Mat - Allah sgt menyelerakan :) tengok gambar pun tahu akan keenakan nya

ain itu mata. =) said...

wah acik mat. nampak sedap heheh. ni pes time saye dgr tomyam ikan. boleh tiru pakcik nih hehe

Sally Rashid said...

nampak sedap sangat en mat..nanti nak cubalah

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.