BEN ASHAARI

Wednesday, January 18, 2012

FETTUCCINE IN GREEN CURRY PASTE..

rsz_dsc_4263
Salam morning pagi semua..Rabu saja dah... Amacam ni hari, ada bagus?..Dah sarapan?..Mat baru lepas sarapan. Hari ni masak lewat sikit lah sebab asam pedas semalam masih bebaki, jadi yang tu dah ok pada mat, rasa dia lagi sedap sebab dah bermesra-mesraan semalaman..kann. Pagi ni nak nak test satu resipi yang agak fusion. Tu hari ada baki pes green curry yang mat buat di sini. Jadi nak guna untuk sos pasta pulak. Ada pasta jenis leper panjang tu yang dipanggil "Fettuccine", waa boleh saja, kan kita yang buat dia. Kalau anda nak guna spaghetti atau pasta2 lain semua boleh, takde hal. Kalau anda tanya..CM rasa dia sedap ke..ok ke?..Secara jujur mat cakap, kalau anda bukan penggemar herba2 seperti daun selasih atau sweet thai basil, ia bukan resipi yang sesuai untuk anda. Tapi mat suka makan benda2 macam tu, jadi mat akan kata sedap lah kan. Satu je mat takpuas hati, sepatutnya mat letak hirisan daging ayam, tapi habis pulak, huhu, ganti dengan daging burger ayam, dan hasil nya nampak kurang menyerlah..huhu, kalau anda buat, guna hirisan daging ayam ok....Kita semak resipi, dan sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS kali ini ---> di sini... Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram pasta "Fettuccine" yang belum direbus
1/2 cawan isi ayam yang didadu
1/4 bahagian traffic light capsicum, didadu
1 cawan brokoli yang dipotong sekuntum2
2 camca besar pes green curry, resipi di sini..
1/4 cawan air
1 biji bawang Holland, didadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit gula
Garam jika perlu
Hirisan cilipadi hijau dan merah, untuk hiasa
Sedikit daun selasih, untu hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta fettuccine dalam air mendidih bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada paket pasta. Tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun, ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kauli, tumis bawang besar, bawang putih hingga layu. Masukkan ayam dan goreng hingga masak. Tambah pes kari hijau, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Tambah air dan masak hingga pekat. Masukkan trafficlight capsicum dan brokoli. Bila brokoli lembut masukkan pasta dan gaul rata. Tambah secubit gula dan jika perlu tambah garam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili padi dan daun selasih sebelum dihidangkan..

15 comments:

Nj said...

sy x prnah berani nk mkn/masak fettucine, sbb dr dlu x prnah nk try, tkut rasa dia x sama ngn pasta jenis lain. hehe.

rasa dia sama x pak cik mat?

:)

Sis-Lin said...

Fuyooo nak sebut [pun terbelit2 lidah aku..fettucine haaaa hehehehhe

Aku dh nak masak tghri ji, tggu sotong dlm kuali...
hrni aku amik respi ko lagi..mintak halal ye..hehehehehe :p

*siput dh siap ke sepit?

mama ju, said...

Salam bahagia Sdr
dAH BACA KE tulisa kakak di FB sdr.?
BAGUSNYA KLU SDR MENCUBA.

JIJI YU said...

papa ni irang itali ke

Ummi said...

Assalam Mat, apa kabor...? Hehee...kita bercuti smlm pi Shah Alam hangkut anak dara n barang2nya sikit sbb dah start bercuti semester...pi balik hari jek.. Sume planning last minute punya...huhuu..Nak tumpang makan sini laaa tengahari kang eks.. ^_^

Sunah Sakura said...

nape kaler dia tak hijau pun?

Errah said...

salam..sedapnye..hantar sini skit..hehe

gadisBunga said...

daun selasih tanam sendiri ke tu cik mat?

faa.rosli said...

nak try la. bosn asik kuah merah je.

kakna said...

kenyang tengok ni.. tak payah makan tenggahari dah.

aDisH.sHidA said...

terliuuuuuuuuur tengok....

Rozuan Ismail said...

nasib baik dah makan.hoh

zulfikar hazri said...

aku kan, kalau pasta ni, aku minat carbonara. yg lain kurang sikit, sebab masam.

Yaati Nor said...

sedapnya olio tetap dia hati..nyum2

linda said...

Salam Bang Mat,

Leh kongsi tips guana nk rebus fettucine ni? Air mengelegak baru masuk pasta ke? Sbb saya selalu kene pastu tu melekat antara satu sama lain, tak suke sgt. Terima kasih :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.