CHA KUE TEOW SATU!!!.....

rsz_dsc_2908
Siappp!!!..haha, memang dah siap pun, siap masuk mulut lagi.. Salam Sabtu 7 Januari 2012 Masehi bersamaan 12 Safar 1433 Hijrah. Apa khabar semua, dah sarapan?.. Mat baru lepas sarapan. Pagi tadi masa nak tengok bahan2 mentah, ternampak setoet kue teow yang beku dalam freezer, hmm sah terbuang kalau tak dibuat apa2, jadi mat masukkan dalam microwave, panaskan sampai dia lembut. Boleh lah buat cha kue teow, letak kerang jeee. Mat tambah juga kucai. Mula2 nak letak kobis, tapi nanti jadi banyak pulak, tenggelam kue teow kang. Kadang2 kan nak buat sarapan ni pening, tapi mat selalu senang je, biskut kering pun ok dahh...roti lagi lah ok..Resipi seperti dibawah..tapi sebelum tu, anda peminat coklat?..Jika ya, ini untuk anda!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam kue teow
1 genggam taugeh, dibuang ekor
1/2 genggam kucai, kerat pendek
1 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos tiram
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 batang fishcake, hiris
1 genggam isi kerang (ikut budget)
3/4 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap manis
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris halus
Sos ikan (jika perlu)
Hirisan cili hijau, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna minyak zaitun), tu hirisan bawang putih dan bawang merah hingga harum, masukkan cili kisar dan sos tiram, tumis hingga cili garing. Masukkan kerang, tauhu dan fish cake, kacau rata dan tambah kicap pekat dan kicap manis, kacau rata.
  2. Masukkan kue teow, gaul rata dan tolak ketepi kuali. Masukkan telur, biar mengeras sedikit, kemudian gaul rata. Masukkan taugeh dan kuchai, kacau lagi dan rasa jika kurang masin tambah sedikit sos ikan. Masak sekejap dan matikan api. Tabur hirisan cili hijau dan juga limau kasturi sebelum dihidangkan panas...

Post a Comment

8 Comments

  1. salam Mat,
    eh! akak orang pertama komen kat entri Mat ni...hehe...
    tima kasih kerana Mat selalu jengah dan komen kat blog kkida...
    kkida ni jenis berat mulut sikit (bukan mulut...jari...:)...

    ReplyDelete
  2. mcam tau2 je saya tak sarapan lagi kannn...huhuhu...sedapnyaaa...lg2 bila berkuah...pastu ade byk kerang..

    ReplyDelete
  3. @ kak ida - terima kasih kak, alahh takpe...itu lah keunikan setiap manusia ni kan, kalau semua sama dan tak bess pulak....

    @rozila - sama juga tapi kalau selalu jemu juga kan..

    ReplyDelete
  4. Cik mat .. Kak chik dtg bawak tepen biru. Bak sesenduk cik mat.

    ReplyDelete
  5. wah...my faberet ....yum yum..teringin ke sedenak menikmati feberet ku ini

    ReplyDelete
  6. heluuu..bang mat, saya try buat resepi mi bandung yang saya amik dari blog ni..jadikkk..sedapppp..tima ksih yer...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.