BEN ASHAARI

Monday, January 30, 2012

CENDAWAN RANGUP KEEMASAN

rsz_dsc_5655
Assalammualaikum, salam semua, dah minum petang?. Mat dalam keadaan cukup2 tak berapa nak rajin. Tak pulak demam, rasa macam ok, tekak pun dah nak baik. Tapi malas sangat, apa nak jadi ntah. Tadi mat paksa diri buat sesuatu, bukan saja untuk blog tapi tapi untuk disantap juga. Mat guna sejenis cendawan yang digelar "Bunashimeji". Cendawan ni datang dalam 2 versi, satu putih melepak dan satu lagi jenis kecoklatan. Resipi ini senang, mat guna putih telur, tepung berperisa seri aji dan juga breadcrumb atau serbuk roti jenis warna oren. Tapi sebelum anda buat ni, seelok2nya panaskan minyak untuk goreng terendam dulu. Jadi bila semua cendawan dah siap salut terus goreng hingga keemasan, angkat dan toskan minyaknya. Sedap hidangkan bersama sos kegemaran anda. Pstt....anda minat I Pads, I phone dan barang berkaitan IT dan ingin memilikinya?...kalau yea sila lihat di sini...Terima kasih.. Terima kasih..

Macam nilah rupa cendawan yang mat guna, sejambah tu kurang lebih 150 gram berat dia, mat kerat pangkalnya dan leraikan, lap2 sedikit dengan paper towel yang telah dibasahkan. Kemudian biar kering. Sedap dimakan panas, kalau sejuk pun masih rangup tapi takde lah serangup masa panas. Ok entri pilihan DTS ni hari ---> di sini.....taching pulak entri dia ni...hmm kita lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket cendawan "Bunashimeji" (seperti gambar diatas)
2 putih telur, dikacau sedikit
3 camca besar tepung berperisa "Seri Aji"
Serbuk roti secukupnya (mat guna yang warna oren)
Sos kegemaran sebagai pencicah
Sediki hirisan daun kuchai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, sementara itu cendawan tadi dilap sedikit dengan paper towel lembap. Kemudian kerat bahagian bawahnya dan leraikan satu persatu. Masukkan ke dalam bekas. Tuang 1/2 bahagian putih telur dan gaul rata.
  2. Masukkan tepung berperisa seri aji dan gaul lagi. Tuang baki putih telur, gaul rata dan golekkan cendawan tadi dengan serbuk roti hingga rata. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan,
  3. Angkat dan toskan. Taburkan hirisan daun kuchao sebelum dihidangkan bersama sos kegemaran anda. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba..

14 comments:

azila said...

slurppppppppppp...cari kain lap air liur,heheheh

Mat Gebu said...

@ azila - alaaaa....jgn kata mcm tu, nanti baby terliur sama..huhu...

Qasey Honey said...

sedapnya kalau dpt mkn cendawan goreng ni...tgk pon dh tliur...

aima said...

cik mat mmg terer....ini cendawan pun bole nampak mcm udang tempura....biasa wat sup sayur jo, kali ni ada idea baru ...tq sifu...

Ummiakid @ lily said...

krupppppppppppp....very the gojer nampak....pergghhh...gigil

sailaaf said...

perh. xmenahan keemasan nya tu.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

huhuhu..sedapnyer. tgk pun dah tau rangup

Telor Power said...

cendawan apa tu.....? tapi nampak sedap menu kali nie santai jer

fatin amalina husna said...

teringin jugakk!!
ptg td roomate husna nak p beli sbb tringin..tunggu pnya tnggu..last2 ada adik kluaq gtaw tpung habis..alamakkk..

Aryanie Ismail said...

salam Cik Mat..

Hee..yani sangat suka cendawan..tapi inilah first time tgk cendawan jenis camni (kesiannyer..heheh) nk cubalah nanti tapi ada jual kat mana ni Cik Mat? Pasaraya adalah kut agaknya ya

sarah said...

ish kelmarin saya tgk pageview cik mat cam 11 juta dah, hari ni npk kurang plak..napa ek???

Cik FaRiZaM said...

nyum nyum sedap nye...mesti rangup kan. nnti nk buat la

Подтверждаю (fadzli) said...

as salam..
wah!! dan tentu rangup

(^^,)

terima kasih pcm~

sebut pasal cendawan dan tepung ni, saya suka celupkan cendawan dalam tepung goreng kentucky yang perasa ayam tu.

cendawan berperisa ayam. saya ni memang tak reti sangat bab2 masakan ni..tapi bab merosakkan makanan reti la.. malas potong ayam, goreng cendawan tu dengan tepung perisa ayam pun jadi laa kan..

eija said...

Assalam CMG saya minta izin copy resepi ye...halal ye semua..gambo saya taknak..nak tiru resepi jer..hehehe...baru nak belajar masak...:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.