BIAR LAH ULANG TAYANG SERIBU KALI PUN...

rsz_dsc_2885
Malam semua, ulang tayang seribu kali pun tak mengapa, asal bukan kita guna hak orang lain, itu memang mat gunakan sejak dari awal berblog. Sudah menjadi etika dalam dunia blog, jika kita guna resipi orang lain "WAJIB" backlink pada tuan asal, cuma mat rasa jika sudah ramai mencuba, cukup lah sekadar menulis sumber darimana kita ambik resipi, tak payah lah kan sampai sebut 20 - 25 blogger masak2 yang telah mencubanya. Bukan nak cerita pasal sapa2, ini mat tulis pasal mat dan blog DTS. Blog masak2 bukanlah segah mana, tak sama macam blog personal, mereka amat2 berbeza dari kita, anda pun boleh lihat kedudukan mereka jika nak dibandingkan dengan kita...jadi blogger masak, kena lah lebih bersikap terbuka...apa2 sekali pun kena lah lebih positif, sebab komuniti kita kecil. Macam entri malam ni, serius mat cakap, bukan saja seperti tangkap muat, orang yang singgah pun jemu dah...tapi mat tak kesah lah apa tanggapan orang, janji ia hak kita.....

rsz_dsc_2824
Contoh macam kangkung belacan ni, kalau 100 orang masuk DTS. pasti 99 orang pandai dah buat, ia bukan sesuatu yang baru atau yang boleh dibanggakan, tapi pada mat ia satu masakan yang mat buat pada masa itu, anda pun lihat dari dulu semua resipi dalam blog DTS semua yang simple2 dan mudah..kalau ada yang sedikit sukar tu, normal lah..sekali2. Sebenarnya, yang ringkas itu yang sedap. Blog mat buat masa sekarang memang mat tujukan pada mereka2 yang baru berjinak2 didapur, bagi yang dah banyak pengalaman tu, terima kasih sudi singgah dan memberi sokongan. Ok lah, mat sebenarnya cuba sedaya upaya memberi ruang untuk mengemaskini blog DTS...insya Allah..jika masa dan keadaan mengizinkan dan jika tak malas....kalau malas....habis lah, nak cerita pun malassss....huhu...tapi dia ni tak boleh malas2 dahh....siap lah kalau malass!!!...

ASAM PEDAS KEPALA IKAN:-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan tenggiri, belah 2 dan 3 keping hirisan ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
5 kelopak sawi jeruk, potong kecil dan rendam
1 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan sawi jeruk (tos dan perah). Tambah jus asam jawa dan bunga kantan. Kacau perlahan dan biar mendidih. Perasankan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai pengimbang rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau biar 1 - 2 jam untuk mendapat rasa yang lebih sedap..


KANGKUNG GORENG BELACAN :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak kangkung, asingkan tangkai dan daun, siang berasingan, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa (boleh ganti dengan "budu")
Sedikit air

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah sedikit air. Kacau rata.
  2. Masukkan batang kangkung, masak hingga lembut sikit dan tambah daun kangkung pulak. Kacau dan tambah sos ikan secukup rasa. Masak hingga sedikit layu, tapi masih rangup. Matikan api, dan boleh hidangkan. Sedap dimakan selagi hangat.....hmmm penggsaannn >__< (tapi kan mat nak pesan, bagi yang ada sakit2 sendi, jangan makan byk2 okeh., sebab kangkung ni sayur berunsur sejuk.)..

Post a Comment

12 Comments

  1. walaupun ulang tayang tetap sedap!

    ReplyDelete
  2. tak pe tayang banyak kali pun saya tetap tgk DTS punya...celik mata jer dah dok pikir CMG masak apa hari nie....sebok je saya nie kan...:)...teruaskan untuk org yg baru mcm saya nie...

    ReplyDelete
  3. salam che mat..
    im silent reader here.
    xkisahla bape ribu kali che mat preview pon.sy still kt sini.suka tgk resepi che mat..
    che mat,can i request resepi otak - otak johor?
    sy suka sgt makan otak2..hee..
    sori ya che mat..kalo xde..xpela..
    wassalam

    ReplyDelete
  4. ok apa PCM. bila ulang tayang banyak kali, nadh pn rasa nak masak menda sama banyak2 kali. ehehe. maceh PCM. :D

    ReplyDelete
  5. hehee.. okay jer ulang berapa kali pon.. hak kita.. :)

    ReplyDelete
  6. manyak syedappppp woooo itew asam pedassss...seminggu wajib 2 kali masak asam pedasss..samalah plk menu kita asam pedas...cayalah..

    ReplyDelete
  7. bape kali ulang pon ttp sedap dan tiap kali buat mang sedap :)

    ReplyDelete
  8. kangkung tu sungguh menyelerakan..heheheh

    ReplyDelete
  9. hehehe...
    takpe pcm.tayang je banyak2 kali..

    pcm.. camne nak bagi diri ni makan sayur.. dah telan.. tapi tak boleh.. ehhhh.. takde kaitan.. hahaha

    ReplyDelete
  10. ulang tyang ke...playback ke...kami tetap tak jemu...

    ReplyDelete
  11. Kalau Asam Pedas dan Kangkung Goreng ni, CIk Mat ulang 10, 20, 30 kali pun Kakchik rela. Feveretttt ni cik mat ..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.