BEN ASHAARI

Wednesday, December 7, 2011

UDANG TEMPOYAK BERPETAI

rsz_dsc_8943
Salam petang semua, assalammualaikum, hari ni masak biasa2 saja..sibuk tak juga tapi rasa tak berapa rajin. Kali ni mat masak udang tempoyak berpetai, ianya satu masakan ringkas, mudah dan sedap dimakan masa panas. Mat guna udang bersaiz sederhana dalam 15 ekor. Mat tak buang kulit dia tapi cuma potong hujung kepala dia saja. Kat sini mat guna sedikit santan dalam 4 camca besar, kalau anda tak nak pun takpe. Masakan ini agak kering dan sedikit pedas sebab penggunaan cili padi. Serai antara bahan wajib dan juga hirisan daun kunyit. Kalau nak cuba guna ketam pun rasa nya ok, takde masalah. Kita lihat resipi mudah ini dan entri pilihan DTS dari ni ---> di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz sederhana kerat muncung dan kaki2nya, cuci bersih dan toskan
1/3 cawan isi petai
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kuyit, satu disiat dan satu lagi hiris halus
3 biji limau kasturi, ambik jusnya
1 camca besar penuh tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
25 biji cili padi kampung
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus dan masak hingga harum, tambah tempoyak, kacau rata dan masak hingga terbit minyak, masak dengan api perlahan. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan serai dan petai, masak hingga pekat dan petai empuk. Masukkan udang dan akun kunyit yang disiat tadi. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masa dengan api ecik hingga pekat. Rasa dan jika ok bileh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

4 comments:

Chah said...

Ohh tidak!!!!! Sedapnya cikmat!!!!!

Iffah Afeefah said...

sedap pulak nmpak petai

mas saari said...

waaaaaa...hari tu terliur dengan asam pedas PCM, ni udang petai pulak!

nampaknya weekend ni kena masa dua2 sekali ni..

Yuniey said...

ala..sedapnya.. terliur nyer tgok udang tu golek2 dlm pinggan.. ermm.. cik mat ni boleh masuk masterchef la..mesti menang punya..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.