BEN ASHAARI

Wednesday, December 28, 2011

UDANG BERSOS PLUM..

rsz_dsc_1096
Udang sudah mari, siap2 ubat gatal dulu yea. Hari ni semua masakan semalam punya, mat sibuk semalam, tak dann nak up entri macam selalu. Ok kali ni share masakan udang pulak, masakan ala2 sweet sour ni mudah disediakan dan cepat. Udang tu terpulang nak guna saiz sederhana, besar atau terbesar. Kalau nak cuba ganti dengan ketam pun rasanya tak dosa. Mat letak traffic light capsicum tapi kalau tak suka boleh abaikan yea. Boleh ganti dengan benda lain, macam kacang sweet pea, tak pun tak payah letak apa2 pun ok. Selain penggunaan plum sos, mat letak juga sos cili thai dan sos tiram, saja bagi enhance rasa kemanisan itu..wahh sepiking lagi, tapi satu perkataan je bahasa henggeris nya...Tulis resipi pulak, penat bebel, tapi mat gebu dia jenis bebel kat blog, dan kat luar blog pun dia bebel..kalau jiran dia, bebel dalam blog, kat luar tak...main angguk2 jee..erkk..

BAHAN-BAHANNYA :-)
20-25 ekor udang bersai besar (sebaya ibu jari)
1/3 traffic light capsicum (merah, hijau. kuning), didadu
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
1 pokok daun ketumbar, hiris kasar
2 camca besar sos plum
2 camca besar sos cili thai
1/2 camca besar sos tiram
3 ulas bawang putih, cincang halus
2-3 camca besar air
Hirisan daun kuchai untuk hiasan
Daun salad untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang digunting muncung dan kaki. Cuci bersih dan toskan. Lap dengan paper towel, kemudian gaul dengan secubit garam dan 1/2 camca teh serbuk kunyit. Gaul rata dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Tambah sos plum, sos cili thai dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan bawang besar dan capsicum tadi, gaul rata. Masukkan udang dan kacau. Kecilkan api dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Letak udang tadi dalam bekas sesuai yang dialas daun salad. Kemudian tabur hirisan daun kuchai. Hidangkan..

3 comments:

zaMir said...

Udang??? errr...

Mr Daha said...

Mak aii.. terliur aku tgk..

Mat Gebu said...

@ mr daha - aku lagi kesian, tgk dan jamah2 mcm tu je....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.