BEN ASHAARI

Saturday, December 24, 2011

TUMIS PEDAS TAUCO TERUNG DAN KACANG..

rsz_dsc_0831
Assalammualaikum, salam Sabtu...maaf sebab baru dapat update entri baru. Mat sibuk sikit hari ni. Insya Allah esok mat akan menerima tetamu..nak tau sapa, kita tunggu esok yea. Anda dah makan?. Apa menu ni hari?. Mat pun masak yang biasa2 saya. Tapi ada antara yang biasa tu macam kurang biasa sikit. Macam entri yang ini. Sebenarnya ini goreng tauco, tapi mat letak kacang panjang. Terung dan kacang panjang mat goreng sikit dengan minyak zaitun sampai 1/2 lembut. Lepas tu toskan dan susun dalam pinggan sesuai...hmm pinggan mat guna tu pemberian Ady Budika....walaupun ia putih, tapi mat suka guna, nampak "sesuatu". Berbalik pada resipi hari ni, kalau anda nak celur terung dan kacang tu pun ok, tapi sebab minyak zaitun ni baik untuk kesihatan, tiada salahnya guna. Kalau nak goreng dalam minyak masak biasa pun boleh. Satu lagi, resipi ni mat tabur ikan bilis yang digoreng garing sebelum kita hidangkan. Hujan2 ni makan ini lauk dengan nasi panas pun sudah cukup....sambal belacan kasi tambah, kalau nak lagi pedas..ok resipi pulak..jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung bulat saiz sederhana
6 tangkai kacang panjang
1 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
Sedikit sos ikan
1/4 camca teh gula
2 camca besar ikan bilis kecil, digoreng garing
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
6 biji cili padi
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulit, belah kepada 8 bahagian, rendam dalam air garam. Kacang panjang dikerat 1 1/2 inci, cuci dan toskan. Panaskan 5 - 6 camca besar minyak zaitun dalam frying pan, toskan terung tadi dan lap dengan paper towel. Kemudian goreng dalam minyak zaitun hingga terung layu dan lembut. Angkat, tos dan susun dalam pinggan. Begitu juga dengan kacang panjang, goreng sekejap, toskan dan susun atas terung tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (kalau ada baki minyak zaitun, tuang sekali dalam kuali). Tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan taucho, hirisan bawang besar dan sos tiram, tumis hingga garing. Guna api kecil. Masukkan gula dan sedikit sos ikan, masak hingga terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tuang no 2 tadi atas teruang dan kacang. Ratakan, tabur ikan bilis goreng. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain. Sedap dimakan selagi hangat, sambal belacan juga boleh dimakan bersama sebagai bahan sampingan

4 comments:

:: Cik Nur :: said...

baru lepas makan telur bungkus dan nasi kosong..tapi bila tgk menu kat blog che mat ni, terus jadi lapo balikk...!

tulun saya che mat gebuuu...!!!

aimie amalina said...

huuuuu
bole terai ni
sebb suke terung+kcg pnjg+taucu
hehehehe

fiedazulkifli said...

wahh... sedapnya... mesti kena cuba ni!

cik dila.. said...

ok..tetibe rase lapar..wuwu. T.T