TRIFLE ISTIMEWA MAT GEBU LAGI.....EHEM EHEM..

rsz_dsc_1175
Salam semua, dah minum petang?...Mendung dan sekejap2 hujan kat sini. Dingin dan berangin sahaja. Entri kali ni mat letak pulak pencuci mulut. Buat semalam untuk tetamu. Kalau lihat ia biasa2 saja, kang ada pulak yang ngata, si mat tu perasan lahh kononn tu trifle istimewa lah sangat...haha, takpe lah. Aku buat jadi suka hati lah nak letak nama apa pun, esok korang buat letak lah jenama lain pulak, nak letak nama trifle timah meletop ke, semua boleh korang nya pasal situ, aku tak kesah. Trifle ni sedap dimakan sejuk dan nak lagi sedap, buat malam, esok baru makan, serius, tak caya, try buat sendiri. Rasa mat resipi ini boleh makan 10 orang, tu pun sampai licin lah..kalau jenis nak sopan2, dalam 8 orang boleh lahh. Buat dia senang, apa yang utama kena organize baru ada aturan dia dan tak mudah lupa. Ok semak resipi pulak, sama macam resipi terdahulu..Blog pilihan DTS kali ni ---> di sini...Terima kasih..

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin.

CATATAN MAT GEBU :- Untuk lihat gambar langkah demi langkah anda boleh ke sini...terima kasih.

Post a Comment

6 Comments

  1. tergoda...ari tu tengok kat blog model80an...

    ReplyDelete
  2. waduhhhhhhhhhhhhhhh kelaparan terus terasa hehehe

    ReplyDelete
  3. todiaaaaa....

    ni kalau ibu ngandung ngidam sape nak bertanggungjawab nih! hahaha

    ReplyDelete
  4. cik mat gebu...

    sy dh buat puding triffle..hasil gabungan byk2 resepi...tp sy guna instant kek span jer...xsempat dh nak buat2 kek..

    boleh tgk sini klu nak tengok hasilnya-http://mytravelmyfood.blogspot.com/2011/12/triffle-puding.html...cuma xde whipping cream...dh malas..nak cepat, kene buat banyak pulak tu...so sy short cut kan jer...

    ReplyDelete
  5. Salam cik mat, sy ni dah setahun jd peminat setia DTS tp tak penah post comment. Tqvm atas resepi2 yg menjadi. DTS sgt membantu sy dlm mencuba resepi2 baru. Cuma di sini sy nk minta pendapat cik mat mengenai oven, sbb sy hanya ada oven pesen lama yg bulat tu, sy bakar kek pisang resepi DTS memang agak hitam baru la masak dlmnya. Sy nk tau cik mat guna oven apa? Sbb sy amat berhajat nk try kek2 lapis cik mat. Harap dpt respon dgn mslh sy nih, tqvm.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.