BEN ASHAARI

Tuesday, December 13, 2011

TERUNG KICAP PEDAS...

rsz_dsc_9635
Salam malam semua, sibuk ke...malam ni mat rasa..rasa..rasa..hmm, entah lah rasa apa, tak boleh nak dijelas kan. Malam ni mat share satu resipi mudah bagi penggemar sayur terung (ke buah eks?..hmmm). Terung kicap pedas, satu masakan simple dan kalau makan panas2 dengan nasi...hmm i tell u, boleh pengsann...tapi tu yang suka lah..kalau yang tak suka pun pengsan juga sebab menyampah baca apa si mat gebu tulis..ha ah kan si mat tu tak hagak2 menulis, macam lah baguss sangat...Well this is my blog..so ikut suka guaa lahh...ada ke guaa sebut nama mak bapak luu dalam ni?..tak kan..soo what..any problem?...kena sumpah seranah lagi sebab jadi perosak bahasa...main campur aduk bahasa henggeris dengan melayu...erkk. Ok lah cerita banyak pun tak bes, kita tengok resipi saja lah..ni yang untuk chef2 hotel tak payah lah try, sebab cikai sangat..lauk2 orang kampung belah2 ulu..macam kampung mat gebu...Entri pilihan DTS malam ni ialah ---> di sini....dan..aku turut merasinya..huhu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung bulat
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
10 biji cili padi merah siam, belah dua setiap satu
15 ekor udang saiz sederhana, buang kulit, cuci dan toskan
5 camca besar kicap manis (mat guna kicap Jalen)
1 camca besar sos tiram
Sedikit kicap cair
Hirisan daun kuchai, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dikupas sedikit kulitnya, belah 6 untuk setiap biji, kemudian rendam dalam air garam untuk 10 minit. Tos dan biar kering. Panaskan 3-4 sudu besar minyak zaitun dalam kuali non-stick, goreng terung tadi hingga lembut sedikit. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili padi dan udang. Masak sekejap dan masukkan sos tiram dan kicap. Gaul rata.
  3. Masukkan terung, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Tabur hirisan daun kuchai sebelum dihidangkan bersama nasi hangat dan lauk-pauk lain.

9 comments:

Tihara said...

best nyer ada udang..akk ske :)

Adib said...

selalunya terung buat masak sambal jek.. boleh lah cuba pula resepi ni..

Melati Qistyna's Mummy said...

Mana satu yg sedap ye, terung bulat atau yg pjg, xnah rs yg bulat, selalu pon wat sambal je, msk kicap ni best gak... Menggiurkan....

mas saari said...

sedap2! boleh cuba ni..

Isteri Encek Bard said...

terung masak kicap ni IEb tak pernah try lagi.. best nie

N.E.E.N.Y. said...

yummy..yummy..

tapi sayang, saya dan suami dua-dua tak suka terunglah cik mat.

takpe..takpe... tapi resepi ni memang nampak best (mcm cik mat cakap, boleh pengsan).

zuwaidah said...

Wallah....as usual, memang nampak sedap

Tina Othman said...

nyum sedapnya

Totie@Tomy said...

memikat selera..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.