BEN ASHAARI

Tuesday, December 20, 2011

SANDWICH...OOOOO...SANDWICH...

rsz_dsc_0268
Morning Selasa....amacam tidur semalam..ada bagus, ada mimpi...Hoo mimpi menikah laenn.perghh.. cer tengok belakang, bini dah bawak pisau tu bang..kena keratz kang nyesal. Sarapan apa pagi ni, kalau kat Malaysia, sarapan pagi macam biasa lah kan sejak zaman tok nenek kita anak dara lagi, tetap sama, kalau tak nasi lemak, mi hoon (but i like mi hoon..huhu), kalau tak roti canai mesti nasi goreng (waa i like). Kalau sandwich pulak macam mana?...Sah bebudak saja yang jalan, orang2 tua ada yang tak mo leer, noleh pun tak hengin kekdahnya yeaopp.. takpe lah yang takmo makan, makan lah apa yang ada. Membuatnya mudah, kira tak payah letak resipi pun semua orang tau, tengok gambar pun dah boleh agak macam mana nak buat..kannn....takpe2..dah adat, ada gambar makan2 wajib ada resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich
4 keping ayam (mat guna jenama Ayamas), dicelur sekejap dan toskan
2 keping cheesedale
2 biji timun jeruk @ gherkins, hiris nipis
1 biji tomato, hiris
Timun hiris secukupnya
Bawang besar hiris nipis
Daun salad secukupnya
Mayonnaise atau sos thousand island secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping roti, sapu sedikit mayonnaise kemudian susun daun salad, tomato, bawang dan juga hirisan timun jeruk. Letak 2 kepingan ayam atasnya bersama sekeping keju cheesedale. Kalau anda suka boleh paipkan sedikit sos thousand island. Letak sekeping lagi roti dan hidangkan segera untuk sarapan atau minum petang..

10 comments:

SiTi AiSya mzm-fc said...

salam..selamat pagi che mat..tumpan tanya..hehe.timun jeruk tu buat sendiri ke..?kalau buat sendiri nak inta resipi..

POSH76 said...

sedapnya mmg minat sgt dgn sandwich

kakchik@ella said...

best ni cik mat. ringkas. berkhasiat.

azila said...

waaah..mimpi kawen lain xtahan tu.hehhe..ni punya resepi, kena amik n buat cepat2 ni..sbb cepat, ringkas dan paling penting bagus utk org yg kurang rajin cam zla ni en.mat:)

kayrul-shah said...

sarapan mat saleh pepagi hari memang berkhasiat la

kayrul-shah said...

sarapan mat saleh pepagi hari memang berkhasiat la

Lily Jaafar said...

esok nak bawak bekal pi office cam gini..me kasih Bang! slurpsssss eh...lunch pon belum dah pk utk esok..kah :)

Sis-Lin said...

Bekfes aku pg td pun sandwich gak tp biasa le sandwich asal boleh hehehehe

Mat ko beli timun jeruk tu kat mana? Tesco sini payah nak cr..Jusco aku x tgk plk ada ke xde..

minsal said...

Assalamualaikum.Che Mat,Kak Sal nak mintak izin ambil (copy)resepi-resepi ngan gambar2nya sekali.Minat sangat2.Tq

Jen Jen Izaicun said...

assalamualaikum.. baru menjenguk blog mat.. wahhh terbaik.. nk try la recipe2 ni..
nak ilang ngantok mata ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.