RENDANG DAGING KORBAN...

rsz_dsc_0980
Salam semua, dah makan?... kali ni nak share resipi rendang daging yang mudah. Mat sebenarnya tatau nak letak nama apa, memandangkan daging tu simpanan dari raya haji lepas, letak lah rendang daging korban. Mat buat dalam 1 kg, dan ini antara menu untuk jamu tetamu semalam. Mat masak dalam periuk tekanan, lepas tu keringkan dalam kuali. Tak ambik masa banyak sangat. Periuk tekanan ini memudahkan kerja dan jimat gas juga. Cuma apa yang penting anda kena baca arahan dia betul2 sebelum guna. Pesan bonda kalau nak buat rendang, daging potong kiub, tapi itu kalau daging pejal, yang ini daging biasa, jadi mat hiris nipis dan kata bonda lagi hirisan nipis tu sesuai untuk masak kicap. Rendang ni mat guna santan pekat dalam 1 cawan saja. Ok semak resipi....habis dah idea..kering, tatau nak merepek apa lagi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging, potong kiub (tapi mat hiris lebar2)
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
2 camca besar kerisik
Garam secukup rasa
2 cawan santan pekat
1 cawan pati santan
2 helai daun kunyit, hiris halus
4 helai daun limau purut
3 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus bersama rempah kari dan cili kisar, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk tekanan, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masuk bahan kisar + rempah + cili kisar tadi dan tumis hingga garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan cair sehingga daging tenggelam. Kacau dan masukkan sedikit garam. Tutup periuk tekanan dan pasangkan pemberatnya. Bila bunyi berdesir, kecilkan api dan masak semalam 15 minit. Kemudian alih periuk ke dalam sinki dan lalukan air atas penutupnya hingga wap habis.
  3. Buka periuk dan alih kan rendang ke dalam kuali. Tambah santan pekat, kerisik, gula melaka, daun limau purut dan asam gelugor. Kacau dan masak hingga kering, tambah garam secukup rasa dan hirisan daun kunyit. Gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

Post a Comment

5 Comments

  1. Selalu buat rendang bila musim2 raya...tapi kalau dah teringin buat je bila2 masa kan...sedapnya...:)

    ReplyDelete
  2. Kempunan juga tak dapat makan...shedappnyaaaa klu cecah ketupat..

    ReplyDelete
  3. assalam
    Apa perbezaan antara santan pekat dan pati santan?

    ReplyDelete
  4. …BUKU RESEPI KHUSUS UNTUK PENGGUNA PERIUK TEKANAN NOXXA….

    Assalamualaikum..salam sejahtera...sekiranya anda berminat untuk memiliki koleksi resepi periuk noxxa ...boleh dapatkan daripada saya..

    langkah demi langkah yang mudah...

    Mengandungi 41 resepi...dengan harga patut....

    - NASI ARAB
    -NASI GORENG DAGING
    -NASI GORENG CINA
    -NASI DAGANG
    -NASI TOMATO
    -PULUT KUNING
    -PULUT LEMAK
    -WAJIK
    -NASI LEMAK ISTIMEWA
    -NASI MASAM MANIS
    -PULUT KELAPA
    -AYAM PANGGANG
    -AYAM PANGGANG ALA TOM YAM
    -DAGING PANGGANG NANAS
    -SARDIN
    -IKAN KUKUS ULAMAN
    -DAGING MASAK HITAM
    -DAGING JINTAN
    -IKAN KUKUS MASAM MANIS
    -STEW TULANG
    -LEMAK CILI API AYAM DENGAN REBUNG
    -KARI KUNING IKAN
    -GULAI MINANG NANGKA
    -AYAM MASAK BEREMPAH
    -DODOL
    -DODOL PANDAN
    -BINGKA JAGUNG
    -APAM PISANG KUKUS
    -KOLEH JAGUNG BAKAR
    -KASWI LAPIS
    -PUDING ROTI BERCOKLAT
    -KEK PANDAN
    -KEK NANAS
    -KEK COKLAT
    -KEK OREN
    -KEK GULA HANGUS
    -SPAGHETTI GORENG
    -BIHUN GORENG KAMPUNG
    -MI GORENG ALA KAMPUNG
    -KUIHTIAW GORENG
    -MI SANGGUL GORENG
    -BIHUN GORENG PUTIH

    PM/call/sms/watsapp sy untuk harga...tima kasih...

    Jika berminat boleh hubungi Riz Mohd 0172297107...whatsapp 0197745184...

    maklumat lanjut layari fb resepimyriz rizmohd...tq

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.