BEN ASHAARI

Tuesday, December 13, 2011

NASI BERIANI AYAM YOGURT...

rsz_dsc_8874
Selamat bertemu kembali semua, dah makan tengah hari?...Yang mana diet tu sudah pasti ambil sesuatu yang boleh menggantikan makan tengah hari. Ok entri kali ni mat share satu masakan ringkas dan mudah. Kira main lebur sekali. Sebenarnya ini bukan mat masak hari ni, tapi beberapa hari lepas. Atas sebab2 tertentu. Tujuan mat masak ni bukan untuk letak diblog, tapi pada saat akhir ianya telah berubah perancangan. hmmm baik mat share saja di blog, boleh juga buat rujukan. Sebenarnya apa2 kita letak diblog tujuan utama untuk koleksi sendiri, dan untuk berkongsi idea sesama kita yang meminati dunia masakan. Mat faham blog masak bukan menjadi pilihan orang2 muda, tapi bila anda sudah meningkat dewasa, sudah berkawin maka sumber paling murah untuk anda merujuk resipi dan teknik2 memasak sudah tentu lah internet dan di blog2 masakan. Ilmu bermanfaat tu yang berguna, isu2 gossip memang bess..tapi hasilnya ada kah membantu anda di masa depan?...Sendiri sudah besar, dah belajar pandai2, jadi boleh berfikir kann.. Dan hari ni Blogger Ady Budika akan ditemuramah oleh satu stesen radio internet, pada jam 2.30 petang... Jadi jika ada kelapangan masa boleh dengar nanti di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 25 minit dan toskan
1/2 ekor ayam, potong 8 atau 10, cuci bersih dan toskan
Air secukupnya
2 camca besar minyak sapi
3/4 cawan yogurt plain
5 cawan air
2 camca besar rempah beriani
1 inci halia*
1 biji lada hijau*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 biji tomato*
1/3 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
Sedikit daun pudina
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan rempah tumis dan daun pandan, tumis maska hingga wangi. Masukkan bahan kisar halus dan rempah beriani, kacau rata dan masak hingga rempah garing, gunakan api kecil. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air secukupnya (anggaran 1 cawan) dan masak hingga ayam empuk dan kuah pekat.
  2. Masukkan beras basmathi dan gaul rata2. Goreng sekejap. Alih beras tadi bersama2 ayam ke dalam rice cooker. Bancuh yogurt dan 5 cawan air, kacau dan tuang dalam rice cooker, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak seperti biasa.
  3. Bila nasi tanak,masukkan daun pudina dan kisimi. Biar hingga nasi betul2 masak. Gemburkan nasi dengan chopstick. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan kacang pis. Hidangkan bersama acar dan lauk2 pilihan anda.

8 comments:

Junie Octovian said...

Assalam Mat...
Masak jangan tak masak...akak masuk sini tolong cuci mata aje...

zuwaidah said...

rindu lama tak singgah sini. blog buat hal lak..nasib baik dah ok dah....rindu tengok masakan cik mat nih.

N.E.E.N.Y. said...

Salam perkenalan,

Pernah dengar tentang blog ni, tapi asyik tak ada masa je nak jengah. Tahniah kerana blog ini memang rujukan yang sangat bermanfaat dan layoutnya yang sedap mata memandang apatah lagi hidangan/menu yang disediakan.

Terima kasih En. Mat.

Saya salute anda...

kakchik@ella said...

cik mat .. ni peminat setia blog cik mat datang lapor diri dgn sepinggan pinggan utk 'tapau' nasi beriyani. Meh sesenduk. Hihihi.

Sunah Sakura said...

ya Allah..nampak sangat sedap!!!!

MULAN said...

terasa sedap nya..

Isteri Encek Bard said...

yaAAA BETUL....terima kasih CMG... cam IEB ni, dulu sebelum kawen bukak blog CMG dan jadi silent reader just nak cuci mata.. skang biler dah berumah tangga ni plak bukak blog CMG nak try masakan yang cmg postkan kat sini

SiTi AiSya mzm-fc said...

Salam..memang sedap masak nasi letak yogurt..saya selalu masak nasi carrot..memang sedap! berbeza dari guna susu cair..hmmm nak try resipi ni la pulak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.