BEN ASHAARI

Wednesday, December 14, 2011

MASAKAN RINGKAS ORANG KAMPUNG...

rsz_dsc_9760
Salam malam, sihat semua. Hari ni mat tak de apa2 nak share, dan mat letak sajalah apa yang mat masak. Berblog pun cuma ala kadar saja sekarang ni, sibuk tu biasalah, tapi keadaan macam kurang mengizinkan mat berblog. Takpe, walaupun satu entri sehari pun janji ia tetap berupdate. Kami blog masak2 agak lecek nak mengupdate, kalau tak percaya anda boleh baca entri teman blogger masak2 di sini. Entri kali ni nak nak share masakan tengah hari tadi, simple dan mudah saja. Mat masak lemak pucuk manis dengan keledek, ikan tenggiri masin jeruk goreng, sambal belacan dan singgang asam ikan tongkol (my feberet). Tu saja. Kalau masak lemak terutama sayur, wajib ada ikan masin/ikan goreng dan sambal belacan.


Masak lemak pucuk manis dan keledek ni permintaan bigboss, masak dia pun bukan susah sangat dan pada mat masak lemak kalau nak sedap pekara utama dia mesti lah santan segar, kalau boleh perah sendiri dari kelapa yang diparut. Santan pekat harus diasingkan dan diletak akhir pada proses memasak. Tujuan bagi kuah nampak pekat, itu yang kami orang2 Johor buat, tak pasti lah negeri2 lain..jangan marahhh. Sebelah tu singgang asam ikan tongkol, yang ni feberet mat gebu..masak dia lagi lah senang teramat sangat....


Bila ada masak lemak, dan memang sudah sejak azali lagi kena ada sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng. Sambal belacan cili padi tu bonda yang buat, dan belacan nya pula buah tangan dari Melaka, pemberian MamaFami masa datang ke rumah mat dulu. Sambal belacan mesti lah lawannya limau kasturi..kannnn.. Ikan masin tenggiri jeruk tu pun mat gandingkan dengan limau kasturi dan cili padi, masa nak makan tu kan, patahkan cili padi tu gaul dengan ikan masin dan perah jus limau kasturi..gaul dan makan lahh...penggsannnn >___< perlu tak resipi?...hmm macam mana eks, takpelah letak juga, tapi ini semua masak mudah2 saja..

LEMAK PUCUK MANIS DENGAN KELEDEK...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk manis, asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
1 biji keledek kaler oren saiz sederhana
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas keledek, cuci dan potong berbaji, masukkan ke dalam periuk bersma2 santan cair dalam periuk bersama hirisan bawang besar, bawang putih, keledek dan udang kering tumbuk. Kacau dan masak hingga keledek 1/2 empuk. Jika kurang tambah sedikit air.
  2. Daun pucuk manis, diramas kemudian masukkan ke dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan pekat, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan..

SINGGANG ASAM IKAN TONGKOL...


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tongkol puteh
1 biji terung bulat
2 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
20 biji cili padi
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kerat 3 atau 4 bahagian, cuci bersih dan toskan. Terung dibuang sedikit kulit, kemudian belah 6 rendam dalam air bergaram. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk lumat dan serai hingga harum. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau rata dan masukkan kiub ikan bilis dan asam gelugor. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan terung (toskan). Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

18 comments:

Kalamhati said...

Ni lg menyelerakan!huhu kecur air liur nengok..paling suka masak lemak pucuk manis ngan keledek tu..perrgghh!!

BEN ASHAARI said...

huhuh..tetibe laparrrrr.kena turun dapur jap ni, jenguk2 benda yg nak dimasak jap..-zla

yuyu Zulaikha said...

T___T sedap nya pok cik mat tak berapa gebuuuu!

Azura Mendezz said...

Aduhhh~~ menu mcm ni laagi bikin kecur sebenarnya..
huhu! =D

Ummiakid @ lily said...

sedappp...walaupun ringkas tapi sungguh selera kalau makan berlauk kan begitu....x tahannnn tgk sambal belacan tu...

Kjee said...

pennngsaannnn

Iffah Afeefah said...

smua sedap

meleleh tgh mlm cr mknn

whitecappuccino said...

mak aiii..maunyer tambah berpinggan2 ni..

Tynie la fea said...

Yg simple tu la yg buat tambah nasi tiga pinggan,hehe

Tynie la fea said...
This comment has been removed by the author.
Ibu Darwisy said...

sambal belacan kawwwwww gitu..malam tadi pun buat smbal belacah..perghhh.mabeles..

Isteri Encek Bard said...

seirus telan air liur saya nie...

kak ina kl said...

masakan ringkas tapi sedap ...lagi cantik dihidangkan dengan pinggan mangkuk lama

Alycia said...

wallaa.. ringkas2 ni lah yg berselera ni..

Sis-Lin said...

Lapar dibuatnyaaaa...arghhhh dpt mkn dgn nasi sejuk pun sedappp...

kakchik@ella said...

sumpah terliur, cik mat.

Chah said...

Duhhhh..berapa deguk saya telan air liurpun x tau cikmat.fingsannnn!!!!

WarisanBonda said...

amboi mak cedapnyerrr...nostalgia sungguh...makan cam gini 2 pinggan pon xsedar

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.