BEN ASHAARI

Sunday, December 11, 2011

MASAKAN RINGKAS DI HUJUNG MINGGU.

rsz_dsc_9325
Salam malam semua, siang tadi cuaca agak mendung, hujan dan berangin. Rasa nyaman je. Mat hari ni masak ringkas, mula2 ingat nak cuti masak sebab lauk semalam masih berbaki, tapi rasa tak bess pulak kan, sekurang2nya nak juga 1 - 2 lagi yang baru sebagai penyeri. Dan yang pasti semuanya jenis mudah, ringkas dan tak banyak karenah. Atas ni pasti semua tau, kalau yang mana mentelaah DTS, sah bertimbun dah resipi peria kambas yang anda jumpa. Kali ni mat masak tumis taucho pedas. Mat letak udang jenis kecil tu. Kata Bak, udang saiz besar kurang sedap masak dengan sayur, tak manis...yoo lahhh, patik hanya menurut perintah...suruh udang kecik, kita guna yang kecik, nak yang besar, guna yang besar pulak..jangan membantah..huhu.

rsz_dsc_9346
Lepas tu, mat goreng pulak ikan tenggiri, tapi kali kita kasi ubah sikit resipi, mat guna serbuk kari, sedikit serbuk lada sulah dan yogurt, gaul rata, perap 30 minit dan goreng hingga keemasan, tak payah garing sangat, lembap2 sudah memadai, ngam woooo makan dengan nasi panas, meleleh waa cakap sama luuu, bahan2 dia jangan letak banyak sangat, nanti masa goreng ikan tu nampak sememeh, letak sikit sia...kalau nak ngam sebelum goreng tu tumis daun kari sikit, tapi tu lah..otak blurrr, mat sendiri terlupa, jadi aku taburr lah daun kari lepas goreng, konon2 penyeri majlis...Apa2 pun kita masak biarlah ikhlas agar mendapat keberkatan di kemudian hari... Walaupun resipi cikai, mat tulis juga resipi dia yea...

PERIA TUMIS TAUCHO PEDAS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas
1/3 cawan isi udang bersaiz kecil
1 camca besar sos tiram
1 camca besar taucho
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah thai
1/2 inci belacan
Sedikit kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria kambas dibelah dua, buang bahagian tengahnya, kemudia belah dua lagi dan potong serong pada saiz sederhana dan rendam dalam air yang dicampur garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah sos tiram dan juga tauco, masak sekejap dan masukkan udang. Kacau dan tuang air.
  3. Masukkan peria (toskan) dan gaul rata. Masak hingga peria lembut, masukkan sedikit gula, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain.


IKAN TENGGIRI GORENG KARI...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping daging ikan tenggiri, bersih dan toskan
1 camca teh rempah kari ikan (mat guna jenama Baba's)
1 camca teh yogurt
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Secubit gula
Secubit serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan kepingan ikan tenggiri tadi dengan semua bahan2 diatas, gaul rata. Kemudian perap 30 minit dalam peti sejuk. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian ikan tadi. Angkat, toskan dan letak dalam bekas sesuai. Boleh hidangkan.
  2. Jika suka anda boleh goreng sedikit daun kari dulu, sebelum goreng ikan tadi.

5 comments:

Miss uCu said...

sedap nya...nyumm222

Yatie said...

Assalamualaikum Mat Gebu,
menu simple tapi menyelerakan..akak arini pun ingat nak masak simple2 je tapi ada tetamu dtng umah..so masak mcm rewang2lah..meriah gitewww..

the click said...

sedapnya..blog ini sgt menarik..=)

Isteri Encek Bard said...

IEB minat peria, tapi dalam family IEB sorang jer pengmar peria ni.. yang len tak minat sebab pahit katanya... tapi bila dah rendam air garam ilang gak rasa pahit tu.... peria ni sangat bagus untu IEB yang ada HBP ni....

Iffah Afeefah said...

peria pahit

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.