BEN ASHAARI

Thursday, December 1, 2011

LEMAK TERUNG PIPIT.....FEBERET AYAHANDA.

rsz_dsc_8165
Salam semua, selamat siang....phewwww..baru sempat nak update, bukan lah sibuk mana, cuma masa agak ketat sikit. Ok entri kali ni mat letak masakan mudah, kira lauk orang kampung. Tapi mana yang tak makan tu, mat minta maaf lah yea. Masakan ni menjadi kegemaran Ayahanda ku, Ibrahim Bin Rajiman (jawa but not so pure one lah...sudah campur pranakan). Terung pipit atau terung palembang banyak tumbuh meliar dikawasan semak terutama di kampung2. Orang Thai juga menggemarinya dan dicampur dalam masakan kari hijau mereka. Selain masak lemak, terung pipit juga boleh dibuat sambal tumis dan sambal cili hijau. Bila makan ni teringat Kak Jee atau Fauziah Abdul Samad, dia suka rupanya makan terung pipit. Ok mat tulis resipi mudah nie, sebab ada benda yang harus ku lakukan nanti..huhu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit, bersihkan dan rebus hingga 1/2 empuk, toskan
2 ekor ikan kembong rebus, bersihkan dan kerat 2 setiap ekor
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
6 biji cili padi
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hirup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan terung pipit yang telah direbus tadi ke dalam periuk bersama bahan kisar dan serai titik. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih hingga terung lembut.
  2. Tambah asam gelugor dan ikan kembong rebus tadi, kacau perlahan dan tuang pati santan. Biar mendidih dengan api kecil. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, akhir sekali masukkan daun kunyit. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan lauk2 lain...

9 comments:

CS @ Mama AA's said...

sedap nmpaknye.... :)

Sis-Lin said...

jgn kata ayahanda..anakanda mu ini pun sukerrrrrrr :p

Sunah Sakura said...

Sedap ye ni?

Beautiful Butterfly said...

tak pernah lagi buat terung pipit masak lemak,selalu nya buat ulam.next time nak try lah,nampak menyelerakan. =)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam MG..suka klu buat sambal tumis ikan bilis terung pipit ni.

aiDieNa said...

Terung pipit is my favorite.. :)

Nurul said...

Suka terung pipit.. biasa masak sambal tumis jer ataupun celur pastu cicah ngan sambal belacan.... tapi tgk masak lemak camni pun nampak sedapppp.... :)

Yanti bt Zaini said...

salam, susah nk dapat terung pipit sekarang ni, kecur air liur akak, nak kena dapatkan juga ni..!

lawati blog saya: http://diarijarumemasku.blogspot.com/

mas saari said...

mak aihhh... sedapnya!
ingat arwah mak, suka sangat dia makan terung pipit ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.