BEN ASHAARI

Saturday, December 3, 2011

LEMAK TEMPOYA IKAN SUNGAI DENGAN PETAI.

rsz_dsc_8480
Adakan ini entri terakhir ku....Wallahhualam.. Walaupun ini entri ulang tayang tak berapa kali, tapi ia tetap terkini dan bukan masakan 4-5 hari lepas. Bila kita duduk bersama keluarga, (mak ayah) aspek utama yang perlu dititik berat kan...kena patuh apa yang mereka hendak, apa2 keputusan pun baik dari segi menu, kena minta pendapat mereka.. mat kan walau nak beli barang dengan wang sendir pun akan tanya mereka, sebab nak tau apa pandangan orang yang lebih tua...selelaunya takde kata "NO", cuma kata beli lah kalau rasa ianya perlu DAN bermanfaat (erkk.termasuk lah koleksi teko2 antik aku tu...part ni memang kena pujuk elok2). Macam menu yang ini, mat masak atas permintaan bonda. Sebenarnya mat berterima kasih pada jiran ku yang suka memberi nasihat dan menegur secara berhemah jika ada yang tak kena. Dalam hubungan persahabatan, pekara2 macam ni lah yang kita perlukan....huhu..Terima kasih pada yang berkenaan....Kita semak resipi dan blog pilihan DTS malam ni ---> di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 - 12 ekor ikan sungai saiz sederhana
1/3 cawan isi petai
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1 camca besar penuh tempoyak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sungai disiang, buang sisik, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 - 15 minit. Kemudian cuci kembali bersih2, tos dan lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga ikan kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, santan cair, serai dan juga asam gelugor, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan goreng tadi dan juga petai, biar masak sekejap. Tuang santan pekat, kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kunyit. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

7 comments:

Kjee said...

eeee nyampahlah CMG ni!!!!!! I like!!!! rasa macam nak suruh unclepali start enjin kereta terus ke Sedenak ni!!!

Mat Gebu said...

@ kak jee - hahaha, releks kak jee..

mas saari said...

petai!! my faveret ni..

mamaijat said...

...kalau dapat makan ngn sambal hitam...lagi best..(sambal belimbing buluh yang direbus sampai hitam...)
hu hu hu...cubalah mat cari resipi sambal hitam tu..makanan yang mamaijat belajar makan masa kat Jerantut....

BEST giler!!!

JIJI YU said...

petaiiiii

Sis-Lin said...

aku suka la kuahnya tu..rasa mcm klu makan dgn nasi sejuk pun masyukkkkk yummmmmmm

Cik Pulau said...

nampak cam sedap..
tapi kompem sy xleh makan.
sebab sy ni xsuka makan ikan sungai..
nama je duk pulau.. tapi ikan sungai x makan..
hahaha

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.