BEN ASHAARI

Thursday, December 22, 2011

LEMAK CILI PADI IKAN TAPAH & REBUNG JERUK

rsz_dsc_0639
Salam petang semua, hmm ada tetamu jadi nak on9 pun rasa tak bess pulak kan, ni curi2 update blog. Hari ni cuaca mendung, lepas tu agak dingin sikit. Bonda dan abang long berpuasa hari ni, mat gebu puasa juga, malam kang...hah keji kan. Jadi tadi atas permintaan dan cadangan, maka kata putus telah dibuat, dan masak lemak cili padi ikan tapah dengan rebung jeruk sebagai menu berbuka petang nanti..perghh panjang gilerrr nama masakan. Makan ruang betullah nama panjang2 nihh. Ikan Tapah ni pemberian Mak Jah, geng kolek PML dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim..haha panjang lagiii. Ikan ni pun bukan sini mari punya, tapi anak Mak Jah memancing nun di Sarawak Bumi Kenyalang...waaa..terus terbatuk2 Sunah Mohammad Kek Lapis..haha terpanjang sudah. Ok lah asyik merepek je baik tulis resipi yang 45 juta kali ulang tayang ni, tapi kan sapa kesah, ini blog guaa..betul tak?...Dahh..jomm layan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tapah, saiz sederhana
3 cawan rebung jeruk
5 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
6 biji limau kasturi, perah jusnya
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung
3/4 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tapah disiang, cuci dan perap dengan jus limau kasturi dan garam semalam 10 minit, cuci kembali, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama rebung jeruk, serai titik dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak sekejap atas api hingga mendidih.
  2. Tuang santan cair, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana hingga ikan masak. Tuang pati santan, tuang jus limau kasturi dan perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api kecil, dan kacau sekali kala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar 1 - 2 jam untuk mendapar rasa yang lebih mesra. Hidangkan..

8 comments:

ruz said...

hai che mat..sedapnya tgk masakan che mat ni...buat sy lapar balik..padahal br je mkn lunch td..

saffiya_aleesya @ echa said...

eemm kat sini plak hujan..adoii jadi lapar perut tambah2 tengok masakan che mat..tapi kan ada sesetengah orang perak memang tak boleh makan ikan tapah ni..pantang sangat2..jgn kata nak makan, bau ikan tapah ni pun tak boleh tau..

Ibu Darwisy said...

x penah tgk ikan tapah ni..CM de gambar x?

Yatie said...

sedapnya tngk menu Che Mat Gebu arini..arini akak cuti masak2 lagi ...smlm masak ayam sambal bunga kantan..sedap betullah guna resepi Che Mat tu...dulu dah pernah guna ikan, kali ni tukar ayam pulak...wallaaahhhhh weyyyy lagi sedaplah....tq ya..

maszull said...

assalamualaikum CM...bestnya menu hari ni terliur rasanya ...wah mcm ni esok nak cari rebung la tapi kat Skudai ni susah betul nak dpt rebung...:)

NoorMasri said...

sedapnya.....esok nak kena gi Tapah...cari ikan Tapah juga hehee

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh menu sedap, sesekali msk lemak cili api mmg mengancam

aimie amalina said...

waaa
x penah lag mkn rebung jerukk
sedaaap x...mest sedaapp ni :))

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.