BEN ASHAARI

Friday, December 2, 2011

KUE TEOW MAKANAN LAUT.....MELUR JELITA.

rsz_dsc_8268
Assalammualaiku, salam petang...petang baru dapat masukkan entri, sibuk?...mana ada manusia yang tak sibuk dalam dunia ni, pengemis pun sibuk mengemis, apa tah lagi kita manusia yang sehat walafiat. Hari ini mat menghadapi satu situasi amat..amat sukar, iaitu "kemalasan" tahap melampau, mat sendiri rasa tak selesa, dan bila perasaan malas hadir dalam diri, iblis turut serta menyertainya maka bisikan kemalasan itu membiak cambah...Astagfirullah..ya Allah ampon kan lah dosa2 ku ini dan jauhkan lah aku dari rasa kemalasan yang terlampau hingga melalaikan...hmmm. Dalam malas2 tu mat berusaha juga membuat sesuatu. Tempoh hari Melur Jelita ada minta mat buat satu resipi makanan kegemaran watak2 utama dalam Novel beliau (yang tu nanti kita cerita yea). Jadi mat setuju lah, secara jujur mat belum baca lagi novel tu, tapi MJ ada memberi gambaran secara kasar yang salah satu makanan kegemaran dalam watak novel beliau ialah "Kue Teow" dan....ehem ehem...

rsz_dsc_8316
Jadi mat buat lah satu, tapi ni pun agak biasa saja. Ini masakan mudah dan ringkas. Cepat dimasak dan kali ini mat guna isi kupang. Anda boleh tukar kepada kerang jika suka. Kalau nak tambah daging pun boleh juga tapi tak sesuai lah letak nama Kue Teow Makanan Laut. Pada Melur Jelita, harap sesuai lah kan resipi ini, mat pun bukan lah seorang pakar dalam bidang masakan, cuma setakat boleh2 sahaja. Petang ini kita lihat satu entri menarik di sini....Terima kasih dan mat tulis resipi untuk entri hari ini..Jomm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram kue teow
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
1 cekak kuchai, cuci, tos dan kerat 1 inci
15 ekor udang saiz sederhana
1 genggam isi kupang segar
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng, toskan
1 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap manis
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar cili kisar
1 biji telur, pukul sedikit
1 keping fishcake, hiris
1 genggam hirisan kobis bulat
Sedikit air
Sedikit sos ikan, jika perlu
Hirisan cili hijau dan merah untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah sos tiram dan kacau rata. Masukkan udang dan kupang, gaul rata.
  2. Tolak bahan2 tadi ketepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras, hancurkan dan gaul dengan semua bahan2 lain. Tambah kicap manis, kicap pekat, tauhu goreg, kobis , fishcake dan sedikit air, kacau dan masak sekejap.
  3. Masukkan kue teow dan gaul rata. Tambah kuchai dan taugeh, kacau dan rasa, jika perlu tambah sos ikan secukup rasa, gaul lagi dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah/cili hijau dan letak belahan limau kasturi sebelum dihidangkan..

11 comments:

whitecappuccino said...

godaan kue teow di petang hari..arghhhh!!

yna fazlyna said...

novel tu..... nak sangt bace. ti nk pinjm boleh tak?

http://ceritacintayna.blogspot.com/2011/12/melangkah-setapak-lagi-dalam-hidup.html

nasha sanza said...

sedapnya.....malas masak tapi nk makan..hahaha

ismabaizita said...

Alangkah bestnye kalu bersebelahan ngan umah Ck Mat...bole mintak cket!!hahaa

mas saari said...

waaaaaaaaaaa...lapar tengok ni!
dahlah hujan!

Kak Rose said...

Mat, td baru kak rose buat karipap kingkong tu, ni dah kuor keoy teow lak... ngences lagi la nampaknya!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mkn panas2 mmg sedap.kalau berjiran saya dah minta sepiring dah

Melur Jelita said...

"... Kasih sayang Allah tiada batas, tiada sempadan, tiada ukuran, tiada sekatan. Bertuahlah kita kalau dapat merasa kasih sayang-Nya. Bertuahlah kita kalau dilindungi di bawah kasih sayang-Nya. DENGAN KASIH SAYANG-NYA, TIADA YANG MUSTAHIL... tiada yang mustahil... tiada yang mustahil."

Terimakasih Cik Mat ..Adnan Ibrahim..terharu ni..x sangka cepat sekali...saya tak perasan ada dua post pulak tu...

Liasari said...

salam CMG,
kuey tiaw tu feberet Puteri Intan Zulaikha...
cik mat baca ASST tu jgn x baca, ceritanya superb! lain dr biasa... klu baca dari awal smpi akhir akan senyum, ketawa, menangis, ketawa lagi, senyum lagi, nangis lagi dan akhirnya hati akan merasa syukur dan bahagiaaaaa...

Nur Asiah said...

sedapppp nyerrrrrr...lapar bila tengok pic kue tuew tu..

syalinda johari said...

amboii sedapnyaaa cik mat..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.