BEN ASHAARI

Tuesday, December 6, 2011

KUE TEOW HAILAM.....APA YANG ANDA PANDANG SEBENARNYA...

rsz_dsc_8908
Assalammualaikum....salam semua, makin hambar kan DTS sejak2 ni..takpe lah..apa2 pun berlaku lepas ni sudah ketetuan Ilahi, tapi selagi terdaya insya Allah mat akan usahakan juga untuk mengemaskini blog DTS. Malam ni hanya hidangan ringan, yelah selalu kan mat masak menu yang berprofile tinggi dan agak "membunuh"... Malam ni kan mat nak sentuh sikit lah pasal isu berblog ni, satu2 blog tu dikenali sebab apa...sebab rupa paras?...sebab bakat?....atau sebab ilmu yang bermanfaat?... Blog DTS ni hanya ada gambar mangkuk tingkat biru..tu saja, pada mat kalau sapa2 nak menerima DTS, biarlah seadanya, jika anda fikir ilmu2 yang tak seberapa dalam blog ini bermanfaat, terima lah, kalau sebaliknya, pun takpe....kita hidup ni tak boleh nak paksa semua orang suka dan kita pun tak dapat nak memuaskan hati semua. Tak semestinya bila tanpa gambar, dan bila anda bertemu secara "hidup", anda tidak akan dilayan dengan sebaik mungkin...kan... Apa2 pun mat gebu tak berkecil hati...hmm

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram kue teow
1 -2 titik minyak bijan
1 camca teh kicap cair
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar sos tiram
1 camca teh sos lada hitam
1 camca teh kicap pekat
1/2 camca teh tepung jagung*
1 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)
3 cawan air (atau secukupnya)
4 - 5 ekor udang, dibersihkan
1 keping dada ayam, hiris
1 keping fishcake, hiris
6 tangkai sweet pea, kerat dua
1/4 trafficlight capsicum, didadu
1/3 batang lobak merah, hiris
Sedikit hirisan kobis
Bawang goreng untuk hiasan
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick (biar panas). Kemudian masukkan kue teow bersama2 kicap cair dan minyak bijan, kacau rata dan masak sekejap. Angkat dan letak dalam mangkuk sesuai.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sos tiram, sos lada hitam, ayam, udang dan juga fish cake. Kacau rata dan tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  3. Masukkan kicap pekat, lobak merah, sweet pea, kobis dan trafficlight capsicum. Kacau dan masak sekejap. Tambah bancuhan tepung jagung, kacau dan masak dengan api perlahan hingga pekat. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit garam.
  4. Tuang kuah tadi atas kue teow, hias dengan hirisan daun sup dan tabur dengan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau nak hidang dengan cili hijau jeruk pun boleh..

17 comments:

putERi-kAtEk said...

fulamakkkkk....udang besoooo

Choco Ani said...

Assalamulaikum CMG sayu je ani baca ntry CMG mlm ni.. moga CMG diberi ketenangan dan kekuatan utk trus berblog.. yang penting Allah tahu niat kita.. pa pa pun kue teow hailam.. layannn isk isk tak leh tahan udang tu.. kalau ani mkn plak dgn cili jeruk isk isk.. terliurrr ;)

Ummi said...

DTS selalu yang terbaik biarpun tanpa bayangan pemiliknya...uniknya Tiffinbiru yang terpapar, begitulah uniknya resepi2 selera pelbagai bangsa diketengahkan oleh pemilik blog....tp kalau jumpa tuannya dan rasa air tangannya...haruslah akan teringat2 gelak ketawa dan ramah mesra layanan....fuuhhh! ^____^

Rima said...

CM
Sometimes its better not to be known.. kadang tu bila kita tersengeh orang ingat kita siow.. bila kita masam orang ingat kita sombong but kan Rima ni jenis suka menyegeh so maybe orang ingat kita siow hehehe.. tak per .. yg pasti u blog cos u want to ok..

Nur-nba said...

Jangan berhenti berkongsi entri.. Memang kita tak akan dapat memuaskan hati semua orang, tapi percayalah niat yg ikhlas dan jujur dalam memberi manfaat pada orang lain sudah tentu akan dapat balasan setimpal dariNya.

deen azmee said...

slurppp.. sodap nih! sabaq aja la pakcik mat gebu ye.. hidup ni mcm ni la.. ada aja pasang surut..

Nieza said...

Cik Mat, blog tiffin biru best apa...byk resepi dan byk juga yg saya dah cuba.teruskan berkongsi resepi semoga diberkati ilahi selalu hendaknya:)

tok_chik said...

pada tc kehidupan ini banyak simpang siurnya
ada ketikanya hati tersentuh dek usikan yang sedikit terlebih akan tetapi kita sendiri mengerti dan amat mengetahui apa sebenarnya niat yang terpahat dihati kita, andai merasakan kita dilandasan yang betul, lupakan aja usikan tersebut

Chah said...

Walaupun cuma si tiffin biru yg kaku tapi disebalik tu ada 1001 satu ilmu yg boleh ditafsirkan dlm pelbagai versi, hitam dan putih. Ada yg akan kata utk perkongsian dan tak kurang juga yg sinikal akan kata sebab nak menunjuk2. Pada saya DTS tlh berada dlm kelasnya tersendiri. tak kenal maka tak suka, dah suka jadi mcm saya nilah...asik tiru je cikmat masak apa...pis kacang pis cik mat! ;)

AZLITA AZIZ said...

Assalamualaikum Mat

Selamat pagi..
Akak rasakan blog DTS adalah antara blog yang terbaik! Merupakan blog masakan yang cukup lengkap untuk rujukan baik bagi mereka yg baru berjinak ke dapur atau yang nak mencuba satu kelainan.

Banyak sangat resepi yang menarik disini, dari yang tradisional hingg alah yang moden dan bertaraf antara bangsa..

Akak suka sangat blog mat ni.. hari -hari blog ni yg akak bukak dulu untuk cari idea memasak..

Bakat mat cukup besar dan hebat! Anugerah yang cukup bernilai dari yg maha mencipta!

Semoga Mat teruskan niat murni mat berkongsi ilmu dan keikhlasan mat akan di bayar di akhirat kelak..

Pekakkan telinga atas dengungan sang lalat.. lumrah kehidupan yg harus dilalaui dgn penuh kesabaran..

Yg penting bakat mat.. keikhlasan mat begitu bernilai di mata mereka yg amat meminati DTS

salam sayang dari akak
Azlita Masam Manis

Iffah Afeefah said...

sedihnye ayat pcm

entahla nak pandang ape sebnrnye

Maryati Bt. Mohd Amin said...

En. Mat... ingat saya lagi tak?
Cikgu yang pernah hantar surat tu...
Apa pun, En. Mat anggaplah semua itu "Nikmat dan Musibah Ujian Kehidupan." Di setiap medan, ada cabarannya.

Kita ada Allah , Dia menilai kita seadil2nya...sikap manusia mmg tak pernah puas...

Renung2kan siri perjuangan Rasulullah SAW, sampai pernah dibaling najis, tapi sabarnya mampu menewaskan lawan...

jadi teruskan apa saja kebaikan kerana itulah bekalan berjumpa Allah nanti.. tak gitu?

azila said...

xper en.mat..kami sentiasa menyokong DTS.mana xder ilmunya, asal nak masak jer rujuk DTS...ilmu bkn utk ke univ sajer, bg tips masak memasak pon ilmu gak..utk kerukunan r/tangga..heheh.so teruskan berkarya..cewah:)

mimie kesuma said...

assalamualaikum CMG....
blog CMG ini merupakan blog fav ku .
suka dengan resep kuih muihnya.
sesuai dengan selera ''melayu'' saya che mat.
saia tgl kat dumai.nun. 2jam je dr JB.
pasti kat johor tuh pernah dgr indomal ekspress....
hahhhh...tu ferry ke kota dumai le...
beruntung sangat saia bs mengenal blog CMG ni.banyak ilmu yang saia proleh.
ilmu yang CMG bagi kat kita orang , semoga allah membalasnya dengan pahala yang sebesar2nya..aminnn
fighting....
salam dari dumai.,,
jom ke dumai ...kang saya bawa ronda2 kota dumai....hihihi....:)

mas saari said...

walaupun hanya mangkuk tingkat biru, Mas tetap suka blog PCM...

semua masakan yang dihidangkan sangat memberi manfaat kepada isteri macam Mas ni!

juliet said...

alo lo lo sedihnya baca entry abg mat kali ni.. saya belajar masak pon dari abg mat tau...

Ku Khadijah Ku Hamid said...

sedapnye che mat..bulan2 pose ni telan air liur jek la..hiii balik ni nk try wat la..macih ye che mat atas resipinye..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.