BEN ASHAARI

Friday, December 30, 2011

KARI IKAN PARI....I LIKE!!

rsz_dsc_1752
Salam, lewat masukkan entri, pagi tadi sibuk2 masak dan tak dann nak on9 sangat. Hari ni mat masak kari ikan pari. Tatau kenapa, nak sangat makan kari ikan pari, ikan lain macam tak berapa nak ngam pulak. Kenapa yea mat suka kari ikan pari?..Hmmm, entah lah, sebenarnya kari antara hidangan kegemaran, sebab ianya agak sebaguna, kuah boleh di buat pencicah roti canai, lempeng atau roti perancis. Satu lagi, kari ni, kalau kita simpan semalaman, rasa dia lagi mengacam. Anda boleh letak sayur ikut pilihan samada terung, bendi atau tomato. Tapi kalau kari ikan kita tak letak kentang, yang tu kalau kari ayam atau daging baru lah sesuai. Maaf lah yea jika mat macam sibuk cerita pasal kari, mat tau anda diluar sana lagi pakar, tapi apa nak buat dah ini blog DTS milik sementara Mat Gebu (yelah sementara hidup), jadi mat boleh tulis apa saja yang mat suka, selagi tak mengkritik hebat hasil orang lain....hmmm..

BAHAN-BAHANYA :-)
800 gram kepingan ikan pari, cuci bersih dan toskan
12 batang bendi kontot, cuci dan toskan
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap sekuntum
1 biji tomato, belah 6
3 camca besar rempah kari ikan (jenama Baba's)
2 camca besar cili kisar
Air secukupnya
3/4 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah, hiris*
2 ulas bawang merah, hiris*
1 camca teh halba campur*
2 tangkai daun kari, dilurutkan*(*bahan tumis)

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3/4 inci halia
1/2 inci lengkuas
12 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukan bahan kisar + rempah kari tadi dan tumis hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, asam gelugor dan bunga kantan. Biar hingga ikan masak, tambah bendi dan masak sekejap. Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  3. Kacau dan biar mendidih perlahan dengan api sederhana, kacau selalu. Akhir sekali masukkan tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau biarkan 1-2 jam untuk medapar rasa yang kebih mantap.

4 comments:

kakchik@ella said...

Eh .. eh .. berbeza la cara masakan ni dgn yg Kak chik punya cik mat. Boleh cuba ni.

dahliasayang said...

che mat...
lepas ni masuk master chef malaysia yeeer!!

aimie amalina said...

walaupun dia hanya kari
tapi dsebabkan dia Pari
nyum2
sedaaap sangat! :)

Yatie said...

uwaaaaaa.....takleh tahan tngk kari ikan pari ni..betul2 buat akak laparrrr lerrrr...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.