BEN ASHAARI

Saturday, December 17, 2011

JOMMM SUP TULANG.....

rsz_dsc_0144
Salam Sabtu....bz lah ni hari, baru dapat duduk mengupdate. Kerja apa lah si mat tu sampai kata bz...hmm ada lahh..kerja2 biasa, lepas tu kena masak atas permintaan, dah dari semalam sebut2, rasa tak sampai hati pulak. Sup tulang menjadi santapan ayahanda hari ni, mat?..hmm tipu kalau kata tak makan, mat makan lah juga dengan mi, tapi tang tulang tu ada lah 2 ketul tulang serangka dia mat ambik. Lagi pun makan lebih tak elok, lemak dia kan jenis lemak tepu, means kalau sampai satu tahap suhu yang tinggi baru ia mencair, kalau panas manja2 je, dia masih beku. Kali ni mat tak rebus dulu, terus ke masak sup, ni semua atas arahan, mereka kata kalau rebus dulu rasa tak berapa nak kick, manis semua hilang..yooo lahh esey buek lahh. Sup tulang ni versatile, nak makan dengan mi boleh, makaroni pun ok, kalau dengan nasi impit pun sedap. Cuma kena panas lah, kalau sejuk, sah ada yang tak rela nak makan dengan lemak beku bak kutub utara....tapi boleh cedok keluar lemak2 tu semua, takde masalah. Satu lagi, nak menyengat wajin ada sambal kicap....mat tulis resipi dia.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 kg tulang lembu yang masih berdaging, cuci bersih dan toskan
Air secukupnya untuk merebus
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
2 batang kayu manis*
2 kuntum bunga lawang*
6 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar penuh, ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1 camca besar penuh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tulang tadi ke dalam periuk, tambah bahan kisar halus dan bahan bertanda (*), kacau rata dan masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan terus merebus hingga daging pada tulang tadi empuk. Mungkin 2 - 2 1/2 jam.
  2. Tambah garam secukup rasa dan jika kurang pedas, boleh tambah lada hitam, jika suka kentang boleh letak masa ni. Sambung memasak lagi hingga kentang empuk (jika letak), rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama mi hoon, mi kuning atau boleh dicicah roti.....Hidangkan panas..

CATATAN MAT GEBU :- Boleh juga rebus dalam periuk nasi elektrik. Mat rebus guna pressure cooker dan masa yang diambil kurang lebih 25 minit hingga 30 minit. Pastikan anda membaca aturcara penggunaan pressure sebelum menggunakannya..


3 comments:

QASEHNYA RANIA said...

sup tulang memang sedap bila dimakan panas2 kan ..=)

QASEHNYA RANIA said...

sup tulang memang sedap bila dimakan panas2 kan ..=)

Siti Noormi said...

Mcm sedp,bolh buka niaga bazar ramadhan ni.. lawatlh web sy jika sudi http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=12685

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.