BEN ASHAARI

Thursday, December 8, 2011

JEMU DI DAPUR.....MASAK ALA KADAR SUDAH LAH.

rsz_dsc_9079
Salam petang semua, dah makan....mat?..ntah eks dah makan ke belum yea, yang mat ingat pagi tadi makan puff 3 ketul..lepas tu makan anggur..dan anggur..dan anggur...ooo belum santap nasi lah namanya, alah macam mat gebu tu tak makan 2 minggu pun tak nampak macam tak makan. Orang kita ni kan, kalau tanya, dah makan?...ada yang kata belumm, walhal dah banyak benda telan sebelum tu..Maksud mereka "makan" tu mesti makan nasi, baru makan..hmm bukan nak kata orang saja, keluarga mat pun sama, dah kebiasaan dari zaman tok nenek kita dulu kala. Hari ni mat masak mudah, cuma goreng sardine dan bonda mat pulak masak sambal hijau terung pipit, teringat Kak Jee, dia suka makan terung pipit ni. Sardine tu bukan lah mat goreng cincai saja, tapi mat letak bunga kantan dan bahan2 lain, saja nak test rasa dia macam mana.. dan hasilnyaa...waaaaaaa..pstt klik sini kejap..amacam ok ke..terima kasih..

rsz_dsc_9118
Kalau yang ni pulak, dah naik jemu dah, kejap enterframe yea. Takpe, ikut apa yang ada. Terung pipit memang menjadi kegemaran abah mat, jadi kami ni semua masak saja lah malas nak banyak cerita. Yang ni bonda masak, dan dia guna ikan bilis kembong. Tapi kalau guna ikan bilis tamban lagi sedap. Masakan begini agak nostalgia, zaman dulu time arwah nenek menoreh getah, dia akan masak lauk2 sebegini sebagai bekal. Cukup meyelerakan makan di kebun, kena pulak ikan kering. Tapi tu bonda yang cerita, mat tak wujud lagi masa tu, masih di angkasa lepas katanya. Tu yang kat angkasa lepas, tapi ini yang kita nampak macam entri ini, masya Allah maha suci Allah, rasa diri ini kerdil....hmmm...

SARDINE PEDAS BUNGA KANTAN...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sedang sardine (apa2 jenama ikut suka anda atau boleh juga mencuba sardine buatan sendiri di sini...)
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
1 biji cili hijau, belah 2
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 inci halia*
10 biji cili padi*
2 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup, untuk hiasan
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan sos tiram, kacau rata dan tumis hingga cili garing. Tambah bawang besar dan leek (toskan) kacai rata dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan sardine bersama sosnya sekali. Tambah bunga kantan dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga pekat (atau sedikit berkuah, terpulang pada anda). Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi atau roti...


SAMBAL CILI HIJAU TERUNG PIPIT....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit, cuci dan rebus hingga lembut
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang puith hiris
10 tangkai cili hijau, hiris
1/4 cawan jus asam jawa
2 genggam ikan bilis kembong, rendam dan buang tulangnya, toskan
1 inci belacan, dilarutkan dengan 1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa (atau sedikit serbuk perasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan ikan bilis kembong tadi dan masak hingga bawang layu. Masukkan belacan, jus asam jawa dan terung pipit. Kacau rata.
  2. Masak hingga pekat dan jika cepat kering, tambah sedikit air. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan secubit gula (atau serbuk perasa). Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkang...

12 comments:

Kjee said...

Unclepali kata simpan sikit lauk sardin dan terung pipit. Setengah jam lagi kami sampai. Hehehe

mas saari said...

sardin!!!
faveret saya ni..

Sunah Sakura said...

pcm..typo... "arwak nenek menoreh getah"

Muna said...

alamak... cheq tersilap pandang... ingatkan cikmat goreng brussel sprout dengan ikan bilis... tapi kan, why not cheq try buat bagi omputih makan sampai pangsan!! :D

MULAN said...

ohhoooo.. best ni..

aqim said...

wohoho!
sedapnye,mantap..
takpelah ala kadar macam tu pon memang sedap kalau dinikmati dengan ikhlas..
:)

Citarasa Rinduan said...

peeehhhhhh
peberat ayu nie..
cikmat, ayu nakkkkkkkkkkkk lapo

Yatie said...

pepagi dah buat perut akak lapar lerrrrr..my febret lauk sardin...nak masak gaklah....takleh tahan lagi ni..huhuhuhu..

Ummiakid @ lily said...

perghhh Sardine....perut terus lapar lah CM tgk sardine tu...jeles

gula merah said...

cer cik mat masak sardin tu buat masak lemak cili api..perghhh terangkat cik mat i tell u..

faiz said...

sardin ni msak ape pun sodap..msak lmak cili api ngn kentang..asam pedas pun sedap..bg yg suka la..tp pix cmg ni memang dari jauh dah nmpk sedap...buka2 blog terus terpampang sardin..:0

~Ku Mahu Itu ~ said...

Terung pipit mmg sedap wat ulam pon sedap klu yg mude2 tu. Aishhh tgkp leleh air liur. . .

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.