BEN ASHAARI

Sunday, December 18, 2011

IKAN BAWAL MASAK CUKA....

rsz_dsc_0243
Salam dan selamat petang, baru dapat on9 nih, hadoii pesal ntah kerja macam banyak giler ni hari, tapi sebab cuaca hujan, mendung dan berangin, makan rasa bess jeee, walaupun masa agak ketat. Hari ni masak sesimple yang boleh, cepat dan tak banyak kerenah, yang biasa2 saja, resipi ikan bawal masak cuka amat ringkas dan mudah dan amat sedap dimakan bersama nasi panas. Selain ikan bawal, ikan kembong, tengiri, ikan merah dan ikan selar besar pun sedap dimasak macam ni. Bila memasak ni apa yang utama, ada orang yang nak makan, kang kita masa canggih kan main, berhias macam nak rakk, siap ada bangunan seploh tingkat lagi kat masakan kita, tapi sekadar mencuci mata...takda sapa nak...dahh mebazir, penat satu hal, tapi tak laku..huhu..sedeyy kan. Kadang2 bukan mudah kita nak menggayakan selera orang, sebab ada antara mereka dah terbiasa dengan satu2 masakan tradisi dari bonda masing2, dah jadi darah daging tu yang nak menerima pembaharuan mereka rasa aneh.. Ok jomm kita lihat resipi pulak..


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawak hitam, saiz sederhaba, siang dan bersih dan toskan*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
1/4 bahagian traffic light capsicum (red, green, yellow), didadu
1 biji bawang besar, belah 6
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia muda, hiris
2- 3 camca besar cuka makan (mat guna jenama Jalen)
Garam dan gula secukup rasa
1/3 camca teh serbuk kunyit
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan. Tinggal sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih hingga harum, masukkan serbuk kunyit, cuka dan gula, kacau rata. Tambah air dan biar mendidih.
  2. Masukkan traffic light capsicum, leek dan juga ikan. Gaul rata dan tambah sedikit garam, Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panass bersama nasi.

3 comments:

Cik Kasut said...

alah sedapnyer....laparlah pulak..

mas saari said...

nampak sedap dan menarik! boleh cuba ni..

ibuhebat said...

tq atas resepi hari ni.. jemput joing kuiz GA http://hebatkan.blogspot.com/2011/12/kuiz-minggu-kedua-ga-1st-anniversary.html :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.